Harapan yang diberikan cukup tinggi buat pasangan romantis ini setiap kali sambutan ulangtahun perkahwinan
Kondominium mewah, hadiah persandingan, pelbagai lagi kejutan Shuib buat isteri tercinta.
Namun lain pula untuk tahun ini, ulas Siti Sarah Raisuddin ketika ditemui, kesibukan kerja menyebabkan kedua-duanya sukar mencari masa terluang untuk meraikan bersama.
“Tahun ni Shuib kata nak bawak Sarah pergi makan, tapi I know dia kena bangun pukul 4.00 pagi kerana show dia pukul 6.00 pagi. Takkan I nak pentingkan diri sendiri minta dia luangkan masa sehingga tengah malam untuk celebrate.
“I rasa tanggungjawab dia untuk menghiburkan rakyat Malaysia lebih penting. Bagi I kerja dia adalah ibadah untuk menghiburkan orang,” ulasnya.
Lain pula halnya dengan netizen, keindahan yang dipaparkan seolah-olah telah menetapkan satu standard yang wajib dipatuhi untuk menggembirakan insan tersayang.
“Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Suami dan isteri adalah cermin pada diri. If you love the person, macam mana you layan orang tu, macam tu lah dia akan layan you.
“Please don’t expect something big from us. Kalau nak mencari idola, the best is Rasulullah SAW, apa yang romantik baginda buat pada isteri-isterinya.
“Apa yang kami lakukan adalah bersesuaian dengan kami. Mungkin boleh mencontohi apa yang kami buat tapi janganlah down kalau pasangan tak memberi sebab keperluan orang lain-lain. You have to know your partner,” kata Sarah yang bakal bergandingan bersama Misha Omar dan Noryn Aziz dalam Soul Sisters.
Terlanjur berbicara soal cinta hati, ulasnya lagi, mereka punya perancangan untuk menambah ahli keluarga, namun penyanyi genit ini masih fobia melalui pengalaman bersalin.
“Fasal anak ini rezeki. Semuanya terletak pada Allah SWT. Kalau ada saya terima dengan hati yang terbuka. Kami plan suami isteri nak empat orang anak.
“Tapi saya fobia nak bersalin, sakit gila. Saya bersalin secara pembedahan jadi sakit dia masih terasa sampai hari ini,” ulas ibu kepada tiga orang anak ini.
Sarah dan Shuib disatukan pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Foto – Instagram Siti Sarah