Pelakon, Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa selepas memaklumkan pusat tahfiz miliknya yang terletak di Langkawi, Kedah telah dirobohkan.
Menurut Aaron, asrama yang juga menjadi tempat tinggal para pelajar tahfiz antara bangunan yang terjejas dan harus dibina semula.
“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana.
“Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah .
“(Please Jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control),” tulisnya.
Bagaimanapun, sehingga kini, Aaron dilihat masih belum mendedahkan punca insiden berkenaan dan menganggap perkara tersebut adalah diluar kawalannya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa pusat tahfiz tersebut.
Malah, mereka turut menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan berharap agar Aaron kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber: Instagram Aaron Aziz