Penyanyi dan pelakon, Ning Baizura ada meluahkan rasa terhadap sikap pengguna media sosial yang tidak berhemah.
Jelas penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini, tidak perlu untuk mengikuti perkembangannya di media sosial.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut berharap agar individu berkenaan berhenti melakukan perkara sedemikian.
“Stop FOLLOWING ME IF U KAY POH CHEE & then UNFOLLOW & then FOLLOW.
“U THINK I DONT KNOW WHY U SO SEBUK?
“PLEASE LAH JANGAN PERASAN KAU SUPERSTAR HANYA KERANA KAWAN2 KAU CELEBRITIES. BUKAN KAU ya,” tulisnya tegas.
Bagaimanapun, Ning tidak mendedahkan identiti individu berkenaan secara terperini.
Foto: Instagram Ning Baizura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Amin…,”- Jihan Muse Dah Pakai Tudung? Ini Jawabnya…
Jihan sekeluarga yang kini sedang berliburan sambil bekerja di Jepun mencuri tumpuan ramai apabila mulai menutup kepalanya.
Malah, beberapa foto dirinya yang mengenakan tudung yang dililit di kepala turut memberi pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Sehinggalah beberapa jam lalu, bintang ini memuat naik beberapa keping foto bersama anak pertamanya, Ungku Arsalan dengab kapsyen;
“Cap ibu dan anak. Setahun berlalu. Alhamdulillah sihat anakku syg @ungkuarsalanhaq . Makin meninja hari ke hari.
“Tapi dlm gmbr ni semua nampak lemau je #babyninja sbb kalau time dia meninja mmg tak dapat la nak ambik gmbr. Phone pun boleh jd layang2 terbang tinggi melayang,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Lalu, netizen dan rakan artis turut memberikan reaksi terhadap penampilan terkini. Rata-ratanya memuji dan berdoa agar Jihan terus kekal istiqomah.
Kalau betul, MH turut mendoakan yang baik-baik buat Jihan.
Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pernah Salahkan Ramli Sarip,”- Akui Diri Pernah Riak, Hazama Dedah Punca Tidak Dipilih Sertai AF4
Penyanyi, Hazama mengakui dirinya merupakan seorang yang mudah marah dan itu merupakan antara kelemahan yang ada pada dirinya.
Menurut Hazama, cara layanannya terhadap orang lain bergantung kepada bagaimana individu tersebut mendekatinya terlebih dahulu.
“Saya ni ibarat cermin. Bagaimana orang tu approach, itu yang orang tu dapat.
“Kalau orang tu approach dengan cara macam tak patut dan cara dia melantunkan soalan itu tidak beradap, saya akan balas mengikut adab, etika dan akhlak orang tersebut.
“Saya selalu marah. Saya ni senang memaki dan senag memohon maaf. Kalau saya marah pastikan tiada kamera dekat taku nanti viral pula,” jelasnya.
Hazama berkata demikian dalam satu program bicara, Begitu Begini DJ Nazz anjuran stesen radio Gegar.fm.
Dalam pada itu, Hazama turut mengakui pernah menyalahkan Datuk Ramli Sarip kerana tidak memilihnya sewaktu pemilihan fasa akhir Akademi Fantasia musim ke-4.
“Mula-mula saya salahkan orang luar kenapa korang tak nak ambil aku. Saya pernah salahkan Ramli Sarip sebab masa tu dia pengetua.
“Tapi bila saya dah faham, saya sedar kelemahan saya. Kelemahan saya dulu adalah saya ini ada sifat bersaing.
“Bila ada sifat bersaing dengan orang-orang lain, itu membuatkan saya gagal. Saya ada sifat bila saya menyanyi saya nak tunjuk action supaya bila orang dengar suara saya, orang lain akan kalah.
“Benda itu yang bunuh diri saya dulu. Sifat sombong, riak dan takbur buat saya sedar yang saya salah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Hazama telah pun melancarkan single terbarunya berjudul Peneman yang merupakan lagu tema untuk drama Asalkan Dia Bahagia.
Sumber/ foto: Youtube Gegar.fm/ Instagram Hazama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Sukakan Budak-Budak, Pandai Masak Dan…,” – Selamat Bergelar Suami, Ayie Floor 88 Kongsi Keperibadian Tasha
Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 23, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan, Nur Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha, 22, hari ini.
Majlis dilangsungkan di Masjid Ukay Perdana, Ampang, kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Pada majlis itu, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.
Memetik Harian Metro, dengan sekali lafaz, Ayie sah bergelar suami selepas dinikahkan oleh bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga pasangan pengantin.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan dipermudahkan Ayie bagaimanapun akui awalnya dia rasa agak gemuruh.
“Alhamdulillah, saya lega kerana akad nikah selesai dengan sekali lafaz saja. Insya-Allah, saya juga sudah bersedia memikul tanggungjawab baharu sebagai ketua keluarga.
“Saya terpikat dengan Tasha dan mahu memperisterikannya kerana dia sukakan budak-budak, pandai memasak dan menguruskan hal- hal rumah.
“Jadi, saya yakin semua itu akan mempermudahkan kehidupan kami nanti,” katanya.
Majlis resepsi pasangan pengantin akan berlangsung secara sederhana pada sebelah malam hari ini.
Terdahulu, Ayie dan pasangan mengikat tali pertunangan mereka pada Januari lalu di Lanai Anggun, Eco Sky, Taman Wahyu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI