Uncategorized

“Please Make It Happen,”- Yuna Beri Bayangan Projek 2019 Dengan BTS, Peminat Mula Hilang Keruan!

Share

Penyanyi, Yuna mengumumkan dia mahu bekerjasama dengan grup popular daripada Korea Selatan, BTS bagi projek terbarunya untuk tahun 2019.

Penyanyi Gadis Semasa yang kini gigih cipta nama di Amerika Syarikat itu turut meminta pandangan daripada para peminatnya tentang projek apakah yang sesuai dilakukan sekiranya projek itu mampu direalisasikan.

Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat Yuna menerusi laman Twitter miliknya.

“I think it’s time for a collab with @BTS_twt  #2019 what do you think?? just putting it out there into the universe. Im just ready for anything 2019! lets do it,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat begitu teruja serta mengharapkan perkara tersebut bakal menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, para peminat BTS yang dikenali sebagai ‘Army’ turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut.

Sebelum ini, Yuna telah mengejutkan peminat muzik tempatan apabila tampil berduet dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Usher untuk lagu bertajuk Crush.

Foto: Twitter Yuna

Published by
Aizam Manaf