Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video membabitkan pelakon, Shukri Yahaya bersama isterinya, Tya Adnan.

Video yang tular di laman Twitter itu memaparkan teletah lucu Shukri yang sakan mengusik isterinya yang pada ketika itu sedang sibuk mempromosikan jenama tudung miliknya di Instagram Live.

Shukri yang turut sama menyertai sesi Instagram Live sempat memberikan pick up line dengan menyifatkan isterinya itu sebagai ciptaan Tuhan yang paling cantik.

Usikan tersebut telah menyababkan muka isteri Shukri merah padam sepanjang sesi Instagram Live itu berlangsung.

Ads

Dalam pada itu, video berdurasi hampir dua minit itu telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

“Please My Husband Better Be Like This…,” – Usik Isteri Di IG Live Sampai Muka Merah Padam, Video Shukri Yahaya Buat Ramai Cair “Please My Husband Better Be Like This…,” – Usik Isteri Di IG Live Sampai Muka Merah Padam, Video Shukri Yahaya Buat Ramai Cair “Please My Husband Better Be Like This…,” – Usik Isteri Di IG Live Sampai Muka Merah Padam, Video Shukri Yahaya Buat Ramai Cair

Rata-rata netizen dilihat terhibur menyaksikan telatah comel pasangan suami isteri ini selain ada juga yang mahu segera menamatkan zaman bujang gara-gara vieo berkenaan.

Ads

“Ngoksss, aku rasa Shukri Yahaya ni mesti husband yang jenis crack dan masuk air. Kelakar betul, moga kekal together till jannah,” komen seorang pengguna Twitter.

“Berlakon pun dapat watak heloks. Real life pun heloks. Untung Tya,” tulis seorang individu.

Ads

“Please my husband better be like this still make me shy shy cat even dah bertahun-tahun kahwin,” luah seorang lagi individu.

Sekadar info, Shukri dan Tya telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Sumber: Twitter @TheOnlyFatin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI