Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, akui turut sama rasa sedih susulan berita mengenai penerbit dan komposer lagu terkenal, Roslan Aziz, 60, yang kini menghidap kanser limfoma (kanser darah) tahap empat.
Menurut Nora, Roslan banyak menabur jasa kepada industri dan penggiat seni menerusi hasil karya selain beliau juga antara penggerak kepada lagu hitsnya, Jentayu.
“Please stay strong Abang Lan. Roslan Aziz adalah figura yang telah menggabungkan saya & Dato Sheila Majid dalam lagu Jentayu.
“Saya tumpang sedih dan terpanggil bila mendapat tahu, Abang Lan sedang diuji dengan kanser. Allahukbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri & artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu,” tulisnya di Instagram.
Nora pada masa sama turut mengenang kejayaan lagu berkenaan yang diangkat sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996.
View this post on Instagram
“Jentayu sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996. Ramai yang tahu kejayaan & kehebatan lagu Jentayu, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid & arwah Johan Nawawi.
“Ciptaan arwah Johan Nawawidah lirik oleh ayahanda Dato Dr Usman Awang. Hebat lagu ni.
Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif dari saudara Roslan Aziz dan Johan Nawawi.
“Roslan Aziz adalah produser untuk lagu ini. Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dengan Dato Sheila majid. Dia juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihormati oleh arwah Johan dan semua rakan-rakan industri.
“Jentayu adalah sebuah lagu yang merupakan masterpiece untuk sepanjang karya Johan Nawawi. Ajal maut ditangan Allah SWT.
“Sempena ramadan ayuh kita sama-sama berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa, insyaAllah,” tulisnya lagi.
Terdahulu menerusi Astro Awani, Roslan pada awalnya memaklumkan, dia mengalami sakit perut teruk pada 1 November tahun lalu mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.
Dia dinasihatkan doktor membuat pemeriksaan menyeluruh iaitu ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonan magnetic (MRI) untuk mengesan penyakit sebenar dihidapi.
“Mula-mula saya amat sedih apabila doktor mengesahkan saya didiagnosis menghidap kanser. Tapi, keadaan saya tidaklah begitu teruk. Saya sedar bahawa hidup yang saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” katanya.
Roslan berkata dia bagaimanapun sudah menerima ujian diberikan Allah itu dengan sabar dan reda.
Malah, bersyukur di kelilingi keluarga, sahabat dan kenalan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus kuat melawan penyakitnya.
Roslan yang juga bekas suami Datuk Sheila Majid kini sudah 23 tahun hidup bersama isterinya, Sopphilea Hamid yang banyak berkorban dan memberikan semangat buat dia menghadapi dugaan besar itu.
Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI