
Pelakon Datuk Fizz Fairuz memberikan pandangannya mengenai sebuah program realiti hiburan, baru-baru ini yang mencetuskan reaksi pelbagai warganet.
Menerusi perkongsian terkini yang dikongsikan di Instagram pada Isnin, Fizz meminta pasukan produksi supaya menghormati dan berhenti menyentuh isu peribadi seseorang.
“Please stop ek!!! Respek sikit..who is also my niece!,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian yang dikongsikan turut menyaksikan teguran sama yang dibuat rakan pelakon, Azhar Sulaiman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Jadi Qari Tilawah,” – Klip Ameng Mengaji Buat Netizen Sebak, Terharu

Memuatnaik sebuah klip video sedang mengaji di laman Instagram buat netizen kagum dengan kemerduan suara Ameng Spring.
Menurut isterinya, Sabariah Zakariah, Ameng pernah berniat untuk merakamkan CD mengaji bersama ustaz Tarmizi Abd Rahman.
Kagum dengan bakat yang ada pada penyanyi Sampai Hati ini, netizen mendoakan yang terbaik untuknya.
Malah ada yang menyarankan agar Ameng memasuki pertandingan tilawah Al-Quran.
Ameng kini sedang sibuk dengan rakaman single terbaharu bersama Nizam Laksamana dan Baggio.
Foto – Instagram Ameng
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Perempuan Melayu Terakhir,” – Nabila Huda Kongsi Foto Terkini, Tampil Gaya Melayu Klasik

Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon Nabila Huda ada memuat naik beberapa keping foto terkini bersama pengikutnya.
Menariknya, pelakon berusia 35 tahun itu telah berkongsi foto memakai kain batik di tepi pantai sekitar perkampungan di Dungun, Terengganu.
Bukan itu sahaja, bintang filem Munafik ini kelihatan sangat anggun dalam persalinan klasik, lengkap mengenakan kain batik.
Difahamkan ibu kepada seorang cahaya mata ini menjalani pengambaran sebuah di bawah produksi pelakon, Janna Nick.
View this post on InstagramPerempuan melayu Terakhir tak..?
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
View this post on InstagramBoleh tak Nak hire baby awak jadi photographer Saya @jannanick ?🤣 📸 @dinischatzmann
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi komen dan memuji Abil yang kelihatan cantik seumpama wanita melayu terakhir.
View this post on InstagramKamu lebih ayu dengan bunga ditelingamu.. Ha Sambung!😝
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
View this post on InstagramHer name is Zaiton. 🎥 @jn_studioentertainment
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Julian Cheah Pertaruh Eidolon:Bayangan Dendam, Tak Percaya Formula Pelakon Popular Bawa Pulangan Lumayan

Belajar daripada ‘kesilapan’ lalu, penerbit filem Eidolon:Bayangan Dendam, Julian Cheah mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih barisan pelakon kurang dikenali membintangi naskhah berkenaan.
Menurut Julian, walaupun sesuatu naskhah itu dibintangi artis terkenal, ia belum tentu dapat menjanjikan pulangan yang lumayan.
“Saya mempunyai sebab sendiri kenapa pilih pelakon baharu berbanding pelakon yang sudah ada nama (popular).
“Jika saya pilih pelakon popular untuk membintangi filem ini belum tentu ia menjanjikan profit kepada kami.
“Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang terdahulu kerana saya pernah buat filem yang menampilkan dua bintang terkenal dari luar negara tetapi filem tersebut tidak menjadi.
“Jadi, untuk filem ini saya berani pertaruhkan nama-nama baharu dalam masa sama dapat beri mereka peluang dan pendedahan untuk pamerkan bakat lakonan masing-masing,” katanya.
Enggan berkongsi jumlah keseluruhan kos produksi, Julian yang juga berlakon dalam nakshah ini berkata dia mengharapkan pulangan berbaloi setimpal dengan yang dilaburkannya.
“Sebagai penerbit, saya perlu mengambil kira tentang kos dan lain-lain perkara, yang pasti ia perlu memberi pulang yang berbaloi kepada kami.
“Kalau bercakap mengenai jumlah keseluruhan kos, saya tak mahu dedahkan. Apabila buat filem, sudah pasti ada sasaran yang kami tetapkan.
“Untuk hasilkan sebuah filem, saya boleh ibaratkan macam main kasino, kita tidak ana tahu pun untung yang akan dapat.
“Apa pun, tujuan saya tetap mahu hasilkan filem yang bagus untuk ditonton ramai dan dalam masa yang sama, saya berharap penonton yang datang ke wayang akan tertarik dengan filem Eidolon,” katanya lagi.
Eidolon:Bayangan Dendam membariskan barisan pelakon baharu yang kebanyakannya berasal dari negeri utara tanah air seperti Pulau Pinang dan Kedah iaitu Chazynash, Tyty Nazmin, Faiez, Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan dan Jeffrey Leong.
Filem arahan Don Hoe ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac ini.
Eidolon:Bayangan Dendam yang merupakan karya terbitan Julian Cheah Pictures Sdn Bhd mengisahkan dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran menghabiskan masa bersama dengan bercuti di sebuah rumah inap di sebuah kampung. Apa yang mereka tidak sedar adalah kediaman tersebut mempunyai sebuah misteri yang tidak terungkap.
Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup selepas berdepan beberapa peristiwa mistik dan pembunuhan hanya kerana sebuah dendam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI