Pelakon dan usahawan Mia Ahmad mendoakan semoga dirinya terus istiqamah di dalam menjadi Muslimah yang lebih baik.
Tampil sopan bertudung sejak tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini melayangkan coretan tersebut menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram.
“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden…
“Sorry, I dress for Allah…”
“Ada yang cakap I tak kan istiqomah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah,” t
“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.
Sekadar info, Mia yang kini sedang hamil anak ketiga mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Mohamad Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 4, dan Iris, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian Gerak Khas The Finale akhirnya telah melabuhkan tirai, malam tadi.
Pelakon utama, Erra Fazira ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menonton drama bersiri itu.
Pada masa sama, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek turut meluahkan rasa terharu kepada semua peminat yang telah memberikan sokongan kepada drama bersiri yang sudah mencipta fenomena dunia hiburan itu.
“Terima kasih kpd seluruh tenaga kerja.. Skop productions.. Dt Yusof Haslam dan rakan2 didalam GK yg bekerja keras utk menghasilkan karya yg telah mencipta sejarah dlm industri tanah air…
“terima kasih diatas seribu satu pengalaman dan kenangan.. Ada rezeki.. InsyaAllah kita jumpa lagi..
“Terima kasih kpd anda penonton GK.. setelah 21tahun kini GK melabuh tirai.. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini..
“Malam ini.. episode terakhir.. GERAK KHAS FINALE. 10pm. Tv3,” tulisnya.
Pelakon Puteri Sarah tampil menjelaskan mengenai beberapa luahan yang dikongsikan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail di media sosial sebelum ini susulan konflik melibatkan perkahwinannya bersama Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, sebagai menantu dia memahami perasaan ibu mentuanya terhadap apa yang berlaku.
“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.
“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan saja tahu,” katanya kepada MH.
Puteri Sarah pada masa menambah, dia berharap netizen atau pihak luar tidak mudah mengecam Patimah.
“Tiada orang yang tiba-tiba nak melantun (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab.
Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.
“Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mengaku trauma dengan konflik rumah tangga yang berlarutan hampir empat tahun.
“Sejujurnya memang trauma dengan apa yang berlaku sepanjang empat tahun ini. Tapi saya tahu, saya sudah berjuang habis-habisan termasuk keluarkan perintah injuksi, cari jalan pendamaian serta minta pandangan ustazah, tetapi tetap tak jalan. Jadi sebab itulah kami di sini (mahkamah syariah).” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Sarah selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan menetapkan 7 Mac depan sebagai sebutan pertama mereka.
Permohonan cerai terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, terkejut besar dan sekali gus Putra Amaris menafikan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya, dirinya ada terlibat dengan dengan bisnes jongkong emas baru-baru ini.
Lebih merumitkan keadaan, dakwaan yang dilakukan beberapa individu terhadap bapa kepada seorang cahaya mata itu secara langsung menjejaskan nama, apatah lagi turut melibatkan penipuan terhadap beberapa pembeli.
Lalu menerusi Instagram, Amaris ada mendedahkan beberapa kiriman mesej berkaitan, membayangkan dirinya telah menipu dengan menjual jongkong emas palsu.
Kesal dengan situasi yang berlaku, Amaris tidak tahu dari mana dakwaan itu muncul yang seterusnya terkait dengan diri.
Menurutnya, hal berkenaan sudah pun didengarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
“Apa yang boleh saya katakan, hal ini mendatangkan aura negatif dan tindakan itu boleh membuatkan orang ramai keliru. Paling teruk, ia secara tak langsung boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon dan usahawan.
“Malah turut memberi kesan buruk kepada nama baik keluarga,” tegasya ketika ditemui.
“Saya memang tak ada kena mengena dengan bisnes jongkong emas. Saya berharap tuduhan negatif seperti ini dapat dihentikan. Tak mahu ada orang salah faham memandangkan saya ada melakukan berkolaborasi dengan jenama wangian Francesc Fragrance sekarang.
“Kami menghasilkan minyak wangi Francesc Fragrance x Putra Amaris dan kebetulan, kami menggunakan warna emas dan bentuk botolnya berbentuk seperti jongkong emas,” kata Amaris.
Ditanya sama ada dia turut membalas teks yang diberikan kepadanya mengenai hal tersebut, Amaris mengambil pendirian untuk tidak menjawab apa-apa, bimbang ia bakal mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tidak tahu berapa nilai yang mereka rugi, sebagaimana yang didakwa dan saya tidak balas atau buka laki teks yang diberikan.
“Saya tidak mahu stress kerana ia tidak betul sama sekali dan rasanya saya mengamvil langkah bijak untuk tidak menjawab risau andai ia akan disalah ertikan. Saya sendiri ada mengambil pandangan daripada beberapa pihak terhadap isu ini.
“Saya tidak mahu bawa ia ketengah, cuma apabila saya sudah berikan penjelasan ini menerusi media, harapnya ia jelas dan saya bukan individu seperti mana yang didakwa. Ia memang tak benar,” jelasnya lagi yang tidak mahu ada lagi yang tertipu.
“Apa yang penting, saya tak mahu ramai pihak tertipu. Saya hanya menjual wangian Francesc Fragrance x Putra Amaris yang berbentuk jongkong emas, bukanlah jongkong emas seperti yang didakwa,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, bintang yang bakal muncul menerusi filem Ratu Kala Hengking ini turut giat mengusahakan perniagaan ‘portuguese egg tart’ yang diberi nama Amaris MyTart bersama isteri.
“Alhamdulillah, perniagaan tersebut mendapat sambutan positif, kami sedang dalam perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan Amaris MyTart.
“Setakat ini, Amaris MyTart boleh didapati di laman Instagram @amarismytart dan kiosk di pasar raya ST Rosyam Mart di Setiawangsa,” harap Amaris optimis.
Foto: Instagram Amaris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...