Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Datin Shahida yang kini sedang dirawat di hospital akibat pendarahan sebelum ini ada menerima kunjungan pihak berkuasa yang mengarahkan agar dia membawa anak-anak ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan pakar kanak-kanak.
Ulasnya, laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mungkin menyebabkan dia terpaksa melakukan rutin tersebut buat kali kedua walaupun menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiada kesan penderaan emosi dan fizikal pada anak-anaknya itu.
Bagaimanapun menerusi posting terkininya awal semalam, keratan artikel menunjukkan pertubuhan NGO lain ada membuat laporan mengenai perilaku melibatkan suaminya.
“Polis dah dtg rumah saya soal siasat semua bibik n anak2 saya…lebih 10 orang.. ambik gambar pun sudah.. esoknya saya diarahkan pergi JKM pun sama dah soal anak2 saya semua.
“Lepas tu saya diarahkan ke hospital Sg. Buloh juga buat pemeriksaan dengan pakar kanak2.
“3 doktor cek anak saya…. cek seluruh badan juga…. jadi ni nak saya pergi kali kedua ke mcm mana nak bg puas hati???mcm mana NG0 ni boleh keluar statement tiada tindakan dibuat??? so funny!!!
“Menurut JKM setelah disiasat…. mereka kata tiada kesan penderaan emosi mahupun fizikal pada anak saya,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, Shahida juga memaklumkan dia juga tidak menyatakan pendirian terhadap apa yang dilakukan suaminya, Aliff Syukri baru-baru ini terhadap Qadeja.
“Awak tengok anak saya ada alami masalah kemurungan dan emosi ke??…saya x kata pun tindakan suami saya betul.
“Memang salah tapi lepas dah saya lalui semua pemeriksaan ni mereka nak apa. lagi? Video tu x tunjuk pun anak saya kena rotan,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ibu mertuanya, Rozita Ibrahim turut memberikan respon di posting terbabit.
“Please lah xkan anak sy nak bunuh anak kot poyo sgt NGO semua ni kenapa..kalau jahat betul kri tu sy yg bunuh dan jatuhkan dia sbb buat cucu sy..kes dera anak org lain u all x kisah pun.
“Kri mmg suka main video dn glamer ..org x kenal dia..kami sgt kenal dia ..berhenti boleh x..kami x perlu lagi penyelamat2 hero malaya ni ..hormat lah privacy dia..perhatikan kat situ ada x dia delete video tu ..wlu dia tau akn bahaya sbb dia just dia nk tarik viral ..bukan seperti org tengok ..sy x bela dia tp sy kesiankan ida dan cucu sy,
” tulisnya di ruangan komen.Malah, Aliff juga turut sama meninggalkan reaksinya menerusi posting berkenaan.
Bukan kali pertama kontroversi berlaku, netizen menasihatkan agar keluarga usahawan ini agar berhati-hati memuat naik sesuatu posting di media sosial, bimbang ia disalah ertikan.
Foto : Instagram Datin Shahida