Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, menerusi Sinar Harian memberitahu, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Video berkenaan turut dikongsikan pengguna media sosial lain dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI