“Posh Beckham Pun Makan Hati Tengok OOTD,” – Antara Komen Bila Che Ta Turun Stadium Pakai Seluar Sarat Labuci, Siap Boot Tinggi Lagi!

Share

Selepas pakaian yang dikenakan selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan menjadi viral kerana dikatakan ‘terlalu cantik’ untuk pergi menonton perlawanan bola sepak di stadium, kali ini Che Ta sekali lagi tampil dengan gaya sinonimnya, ‘serba glamor’.

Menerusi perlawanan Piala AFF Suzuki Final awal malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil, pelakon drama Kak Marr ini melaram dengan  kardingan dan baju jersi Harimau Malaya sedondon kuning, lengkap dengan seluar panjang sarat labuci.

Turut menjadi tumpulab ialah beg jenama sendiri yang dibawa, selain turut mengenakan kasut boot tinggi potongan ankle sebagai pelengkap gayanya di stadium, semalam.

Lalu seperti biasa, rata-rata netizen kagum dengan semangat dan penampilan Che Ta yang tak pernah kalah gaya hingga ada yang membayangkan isteri bekas pemain bola sepak popular dunia, Posh Beckham pasti akan makin hati bila tengok gaya Che Ta.

Che Ta sebelum ini ada memberikan penjelasan mengenai apa yang dipakainya saat menoton peringat separuh akhir melibatkan kejohanan sama.

Apa pun, jom ikuti beberapa foto Che Ta di stadium yang dimuat naikya menerusi Intagram.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Published by
Rafiq Mazlan