Foto terbaharu yang dikongsikan pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi laman Instagram miliknya meraih perhatian netizen.
Masakan tidak, rata-rata netizen beranggapan cara posing duduk mencangkung yang dilakukan Puteri Sarah, 38, seakan-akan meniru gaya madunya iaitu Ira Kazar yang sebelum ini juga pernah bergambar dengan aksi sebegitu.
Menurut gambar tersebut, Puteri Sarah mengenakan pakaian berwarna merah jambu serta digayakan dengan ‘cap shawl’.
“Stail duduk macam madu awak pula,” komen seorang netizen.
Puteri Sarah kemudian membalas komen tersebut dengan berkata, “Hannah Delisha pun stail macam ini. Kenapa awak macam tersakit sangat.”
Meninjau di ruangan komen, peminat mengagumi cara Puteri Sarah berfesyen malah menyifatkan gayanya itu ‘on point’.
“Yang penting Kak Sarah lagi gorgeous.
“Bergaya tak salah, sesekali nak ubah pun okay.
“Puteri Sarah buat OOTD macam ni nampak stail, look classy woman,” komen sebahagian peminat Puteri Sarah.
Untuk rekod, Puteri Sarah yang merupakan isteri pertama Syamsul Yusof, 39, mendirikan rumah tangga dengan pengarah kontroversi itu pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Syamsul kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan anak pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar, 28, di Thailand dan kemudian menghebahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada 6 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.