Polis menahan seorang selebriti wanita kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai dan menahan seorang perempuan berusia 34 tahun.
“Suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.
“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berperanan Beri Motivasi, Bukan Prank…,” – Sudah Didaftarkan Sebagai Pemain MPL, RSG MY Tagih Khidmat M Nasir
Sejak semalam, nama penyanyi dan penulis lagu terkenal, Datuk M Nasir menjadi bualan hangat warganet apabila ikon muzik tersebut dikaitkan untuk menyertai pasukan esukan, RSG MY.
Pada mulanya, ramai yang menyangkakan perkhabaran tersebut hanyalah gurauan atau ‘prank’ sehinggalah berita itu disahkan apabila nama M Nasir diperkenalkan di laman Instagram rasmi RSG MY.
Memetik laporan Harian Metro, Pengurus Komuniti RSG MY, Mohamad Zawir Zakari memberitahu, nama M Nasir sudahpun didaftarkan sebagai pemain baharu pasukan tersebut.
“Memang kita mendaftarkannya M Nasir sebagai pemain. Selain itu beliau juga berperanan untuk memberi motivasi kepada pemain-pemain lain. Ini memang bukan ‘prank’,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Zawir lagi, keputusan mengambil M Nasir selaku pemain bukanlah dibuat secara terburu-buru sebaliknya hal tersebut memang sudah lama berada didalam perancangan pasukannya itu.
“Memang sudah lama rancang tapi pengumuman ini memang baru lagi. Lagi pun akan ada pengumuman senarai pemain petang ini iaitu siapa yang bakal beraksi di MPL MY musim ke-10,” ujarnya lagi.
Ketika diperkenalkan, RSG MY memuat naik gambar berbentuk kad permainan dengan wajah M Nasir yang dilihat segak memakai jersi rasmi pasukan mereka.
“Mentera Semerah Padi. Seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai pemain Mobile Legends:Bang Bang (MLBB) RSG dengan IGN Sifu!
“Selamat datang kepada salah seorang pemain flex role kami Datuk M Nasir,” kata RSG MY yang pernah muncul juara MPL MY musim ketujuh selepas menumpaskan Todak 4-2.
Ketika ini, kesemua pasukan sedang giat mempersiapkan pemain dan tektikal bagi menghadapi, saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim ke-10 yang bakal bermula tidak lama lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya, Sarah Yasmine Kenalan Saya,” – Anna Jobling
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, kali pertama mereka bertemu adalah pada Disember tahun lalu dalam sebuah acara di Singapura.
“Kami hanya kenalan. Kali pertama kami berjumpa di sebuah acara di Singapura pada Disember tahun lepas.
“Ketika itu, dia datang ke gerai saya selama tiga hari dan kami luang masa bersama. Pasukan saya pun turut mengenalinya dan dia baik dengan kami.
“Peminat kenal saya macam mana, kalau orang itu tiada masalah dengan saya, sudah tentu saya pun okey untuk berkawan dengan orang berkenaan,” katanya.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Gema Lebaran Anna Jobling di Royale Palace, Cyberjaya, pada Jumaat.
Anna menambah, dia tidak terkejut apabila namanya dikaitkan dengan wanita itu susulan gambar bersama mereka yang dikongsikan Sarah di media sosial sebelum ini.
“Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya.
“Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kecaman yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya,” katanya.
Dalam masa sama, dia tidak tahu menahu mengenai pendedahan yang dibuat Sarah di media sosial kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.
“Mengenai isu kontroversi itu saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya.
“Saya pun sibuk dengan kerja. Tambah jadual sangat padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu berkenaan.
“Saya pun tak tanya fasal isu peribadi dekat dia,” katanya.
Terdahulu tular foto Sarah bersama Anna yang mendakwa mereka berkawan baik sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Subur & Mampu Hamil, Namun Mas Idayu Tak Mahu Ambil Risiko; “Dari Dulu Saya Inginkan Anak Lelaki…”
Bakal meniti usia 50-an, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu rasional mengenai soal kehamilan selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September lalu.
Mas Idayu berkata, meski dirinya masih subur, dia bagaimanapun memilih untuk tidak mengambil risiko yang boleh memudaratkan kesihatannya.
“Sebenarnya, dari dulu lagi saya inginkan anak lelaki dan saya memang sukakan kanak-kanak. Namun, pada usia sekarang ini, saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko (hamil) yang boleh membahayakan diri.
“Bukan peluang itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat, baik untuk saya dan keluarga. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk sakit.
“Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya,” katanya kepada MH.
Mas Idayu berkata demikian sejurus Konsert Akhir Getaran Jiwa di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak, pada Jumaat yang menyaksikan guru vokal, Aruel Ariel muncul sebagai juara.
Artikel Berkaitan;
Anak Gadis Mas Idayu Terbuka Terima Sufian Sebagai Ayah Baru; “Daddy Berusaha Ambil Hati Saya.”
Dalam pada itu, dia bukan menolak rezeki Allah, namun jika perkara itu boleh dirancang dia sebolehnya selesa mempunyai seorang cahaya mata dalam keadaan sekarang.
“Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.
“Macam mana saya nak jaganya. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 tetapi bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI