Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira memaklumkan akaun media sosial Facebook miliknya yang pernah digodam sebelum ini rupanya masih lagi aktif.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ada memberitahu akaun tersebut telah menyebarkan benda yang tidak sahih dan benar.

Malah, selebriti berusia 46 tahun ini juga langsung meluahkan rasa risau dan bimbang atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

“Assalamualaikum.. Saya rasa saya dah pernah warwarkan.. dan saya mohon utk unfollow FB ini..

Ads

“tapi nampaknya FB ni terus aktif dan ramai pulak followers, risau saya. Dah la acc ni post macam2 benda yg tak sepatutnya.

“Nak buat macamana yaa?? Ada yg bole bagi idea..??,” tulisnya.

Ads

Ads

Di samping itu, rata-rata peminat turut memberi pelbagai cadangan kepada Erra agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI