Umum mengetahui, selebriti versatil, Alif Satar kini sedang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah.
Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, Alif turut berkongsi rutin serta aktivitinya ketika berada di Mekah yang menarik perhatian ramai pihak.
Terbaru, Alif menzahirkan rasa teruja apabila berkesempatan untuk merasai suasana hujan lebat di Kota Mekah.
“Allahuakbar, tak tahu nak cakap macam mana. Ini memang rezeki hari Jumaat. Hujan lebat di Mekah. Menara jam pun tak boleh nampak dekat belakang tu.
“Ini adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa bila hujan lebat macam ni. Semoga doa anda semua dimakbulkan juga Allah SWT,” kongsinya.
Dalam satu hantaran lain pula, Alif akui dirinya sudah mulai rindu dengan suana di Malaysia terutamanya satay keluarannya sendiri.
“Saya tak boleh la. Memang akan teringat. Bila berjauhan ni, kita akan teringat dekat isteri dan anak-anak. Ketika ini kami berada di Taif dalam perjalanan untuk makan tengah hari.
“Bercakap fasal lunch, saya rindu nak makan Alif Satey. Bila makan, jangan tag saya di Instagram. Saya rindu,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut nyata mengundang rasa kurang senang seorang individu yang mengatakan Alif terlalu kerap membuat konten dan seakan sedang seronok bercuti di Mekah.
“Akhir zaman orang pergi Mekah sama seperti melancong. Nampak dah tanda-tanda. Lebihkanlah amalan. Balik Malaysia but konten lain pula.
“Harap buka sikitlah kepala otak tu,” tulis indivitu tersebut.
Lantaran itu, para netizen dan peminat turut tampil mempertahan tindakan Alif itu.
Rata-rata mereka beranggapan tidak salah untuk Alif membuat konten ketika di Mekah sekiranya dia mempunyai waktu yang terluang setelah selesai beribadah.
“Dah dia mampu apa salahnya. Selagi ibadah tak terjejas. Buat umrah dua tiga jam sahaja. Siap yang lain, boleh la ziarah.
“Nanti post tengah beribadah, katanya riak. Biarlah dia nak buat apapun. Dia manusia biasa juga. Takkan la nak berjalan sambil umrah pun salah. Doa yang baik-baik untuk orang lain.
“Siapa kamu nak hakimi dia? Niat dia hanya dia dan Allah yang tahu. Pandang dari sudut positif, positif la kita tengok.
“Jatuh kepada fitnah pula awak ni. Pergi zirah ke Taif itu satu sunnah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, perjalanan umrah Alif ini turut disertai oleh seluruh anggota kumpulan Alif Satar & The Locos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar