Susulan beberapa kontroversi yang berlaku melibatkan penganjuran konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku, penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya masih belum bertemu dengan pihak penganjur bagi mendapatkan sebarang pejelasan.
Lantaran itu, Marsha memaklumkan dirinya tidak boleh bercakap panjang berkaitan hal tersebut kerana dia tidak tahu menahu mengenai sebarang isu yang berbangkit.
“Saya sebenarnya tidak mahu bercakap lebih. Lagipun, saya belum ada sebarang informasi berkaitan konsert ini. Namun, saya mengharapkan agar konsert ini dapat dijayakan dengan sempurna.
“Konsert ini punyai konsep yang sangat bagus kerana menggabungkan para penyanyi daripada Sabah. Bagaimanapun, saya belum lagi berjumpa dengan pihak penganjur.
“Berilah saya ruang untuk berbincang dahulu mengenai konsert ini bersama mereka,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kembali Terang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Don Dukun, baru-baru ini.
Menurut Marsha lagi, dia hanya mengatahui mengenai isu-isu yang berbangkit ini menerusi berita-berita yang tular di media sosial.
Ads
“Saya juga sama seperti anda. Saya mengetahui isu yang berlaku ini daripada media sosial. Rasanya informasi yang saya terima sama seperti anda.
“Sejujurnya saya agak terkejut dengan apa yang berlaku. Namun, rasanya ia terlalu awal untuk saya berkata apa-apa. Konsert pun bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi. Saya harap segalanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Marsha turut memberikan reaksi berhubung isu poster konsert yang menjadi bualan hangat sebelum ini.
“Pada saya, poster memang memainkan peranan yang penting. Poster itu jugalah yang akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir dan menonton konsert.
Ads
“Selain itu, saya juga merasakan apa yang paling penting adalah konsep dan perjalanan konsert itu sendiri,” kongsinya.
Diminta mengulas mengenai penarikan diri penyanyi Stacy daripada konsert berkenaan, Marsha percaya sahabatnya itu mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membuat keputusan sedemikian.
“Saya yakin Stacy punyai alasan yang tersendiri. Ada perkara yang perlu dia pertahankan. Itu adalah hak dia.
Ads
“Pada ketika ini, saya merasakan para artis yang terlibat dan pihak penganjur harus memberikan fokus dan mengambil berat tentang konsep konsert ini,” katanya.
Ditanya adakah kontroversi ini bakal membantu untuk mempromosikan konsert, ini jawab Marsha;
“Pada saya, konsert merupakan satu platform yang besar buat semua artis yang terlibat.
“Saya akui kontroversi juga memainkan peranan tapi saya mengharapkan ia tidak memberikan kesan besar sehingga menjejaskan konsert ini,” akhirinya.
Sebelum ini, Konsert Sumandak Stars menjadi sebutan apabila poster konsert tersebut mempamerkan gambar penyanyi Bella Astillah di bahagian tengah seolah-olah penyanyi utama.
Tidak lama kemudian, Stacy memaklumkan penarikan diri daripada konsert tersebut kerana ada syarat yang tidak dapat dipatuhi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Akui, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya bersikap profesional dan tak mahu menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Sebagai wanita bekerjaya, saya perlu bersikap profesional sewaktu melakonkan watak yang dipertanggungjawabkan sehingga berjaya, kerana fokus saya sekarang ini adalah mengembangkan lagi kerjaya saya.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Lelaki Punyai ‘Ciri-Ciri’ Ini Bakal Miliki Hati Rose!
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Umum mengetahui yang penyanyi kumpulan NSYNC ini merupakan bekas kekasih Britney Spears. Mereka bercinta sewaktu remaja ketika masing-masing sedang berada dipuncak karier. Saling mengenali ketika bergelar musketeers untuk The All-New Mickey Mouse Clu, mereka bercinta selama tiga tahun bermula 1999 sebelum berpisah pada tahun 2002.
Dunia hiburan antarabangsa kecoh apabila Britney Spears telah membuka mulut mengenai isu conservatorship oleh ayahnya yang disifatkan tidak berperikemanusiaan. Dia bercerita bagaimana dirinya tidak dibenar untuk menanggalkan IUD, iaitu alat untuk mengawal kehamilan semata-mata bagi memastikan dirinya tidak mengandung.
Selain itu diva pop popular ini juga tidak memiliki akses kepada wangnya sendiri biarpun mengutip jutaan dolar hasil jualan album serta tiket konsert yang rata-ratanya habis dijual.
Membuka mulut tentang itu ini, Justin Timberlake berkongsi di laman Twitternya, “Selepas apa yang kita lihat hari ini, kita semua harus menyokong Britney. Tidak kira apa masa lalu yang kami miliki, baik atau buruk dan tidak kira berapa lama dahulu. Apa yang terjadi kepadanya adalah satu perkara yang tidak betul.
Tiada wanita di dunia harus dikawal dan disekat dari membuat keputusan sendiri apatah lagi berkaitan badannya. Tiada manusia berhak dikawal tanpa kerelaan mereka atau pun perlu meminta kebenaran untuk memiliki akses terhadap hasil kerja keras mereka selama ini. Jessica dan saya mengirimkan rasa kasih kami dan juga sokongan tidak berbelah bahagi kepada Britney. Kami berharap agar mahkamah dan keluarganya memperbetulkan keadaan dan biar Britney hidup sebagaimana yang dia mahukan.”
Justin kini bahagia bersama isterinya, Jessica Biel dan memiliki dua cahaya mata. Awal tahun ini, dia mengeluarkan permohonan maaf kepada Britney, kerana menggunakan kisah perpisahannya dan Britney sebagai subjek di dalam muzik video serta menuduh kecurangan diva pop itu sebagai punca mereka berpisah.
Sejak pendedahan tentang conservatorship Britney tular, tanda pagar ‘Free Britney Spears’ telah tular dan menjadi carian nombor satu di Amerika Syarikat.
Sumber: The New York Times, The Hollywood Reporter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adele tidak dapat menahan air mata apabila melihat Celine Dion hadir menonton persembahan residensinya di Las Vegas. Dia yang sedang menyanyi berhenti serta-merta lalu...