Baru-baru ini, pelakon, Raja Ilya ada memuat naik foto memaparkan perbandingan suasana upacara majlis perkahwinan yang berlansung di negara luar dan di Malaysia ketika mengharungi fasa ‘lockdown’.
Bagaimanapun, entri tersebut telah disalah tafsirkan oleh segelintir pihak yang mendakwa Ilya sengaja ingin merendah-rendahkan budaya masyarakat orang Melayu.
Enggan isu tersebut dibiar berpanjangan, Ilya yang kini menetap di Australia telah pun tampil untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ilya mendedahkan dia sejujurnya tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak terutamanya buat masyarakat Melayu di Malaysia.
Katanya lagi, dia hanya ingin memberi tahu, orang-orang di sini amat paraniod untuk mengadakan majlis perkahwinan meskipun pada kadar sederhana.
“Terkejut pulak bila post semalam viral uollsss. Mak ai, ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa? Nak Mampus kene tembak masuk Malaysia ke apa ? Aduh pening baca sampai ada media pulak kata kita bandingkan wedding! Ya Allah sampai ke situ pulak!
“Ada ke manusia yang nk korek kubuq sendiri! Aduh pening! Post tu kan obvious kata “gambar hiasan”. Itu bukan pun gambar Perth atau gambar Malaysia baru. Itu gambar Mungkin tahun 90an. Gambar tu kan namanya kata orang sini paranoid gler, yang kita ni still move on . Betul apa,” katanya lagi.
Lantaran itu, pelakon filem, KL Vampires ini telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka andai postingnya itu menyakiti hati mana-mana pihak.
“Tak semestinya llya tak hijab Ilya ni syaitan tak ada hati perut. Omg, korang ni pun. Come on, saling maaf bermaafan . Next time go easy on me ok. Now let’s focus and doakan tak ada yang terkorban dalam kebakaran dekat sini, habis satu Bandar debu kebakaran.
“Remember Ilya sayang korang dan you guys always in my heart. Maaf kalau caption tak berapa nak telly dengan n gambar semalam. Peace,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ilya turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama minitipkan doa buat mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas kebakaran yang berlaku di Perth, Australia pada Selasa.
Sumber: Instagram Raja Ilya