Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, tidak menyangka hantaran yang dimuat naik di Instagram menimbulkan spekulasi ramai pihak hingga ada yang mengaitkan dengan situasi perkahwinannya sebelum ini.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan, pengumuman penting yang bakal dibuat itu hanyalah sekadar gimik pelancaran Konsert A Night With Sumandak Stars yang bakal berlangsung pada 30 November ini.

Selain Bella, konsert anjuran Orange International itu turut menampilkan penyanyi seperti Marsha Milan, Stacy Anam, Nikki Palikat, Adira Suhaimi, Wani Kayrie dan Didi Astillah.

“Sebenarnya saya takut juga untuk membuat hantaran tersebut. Itu permintaan pihak penganjur setelah mendapat persetujuan pihak keluarga juga.

“Rasanya saya tak pernah lagi buat hantaran sebegitu. Apa pun, saya minta maaf kalau ada yang risau,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ads

Awal hari ini, Bella memuat naik satu hantaran di Instagram memberitahu bakal membuat pengumuman dan berharap peminat dapat menerima keputusan yang dibuat itu dengan baik.

Meskipun tidak menyebut sebarang gambaran, ramai yang mengaitkan ia ada kaitan dengan kisahnya bersama bekas suami, iaitu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun bersyukur apabila masih ramai yang mengambil berat selepas dia berkongsi hantaran berkenaan.

Ads

“Saya sebenarnya rasa bersyukur sebab masih ada yang ambil berat dan sayang. Saya sendiri kalau dapat komen sedemkian, minta dijauhkan juga.

“Sekarang saya hanya nak fokus anak-anak saja. Kalau ada yang kata nak berbaik balik itu, ia tidak terjadi.

“Sekarang nak fokus untuk menjayakan Konsert A Night With Sumandak Stars ini sahaja.

Ads

“Hantaran tersebut sebagai kejutan dan semoga orang boleh menyambutnya dengan baik sebab ini kali pertama konsert seumpama ini diadakan.

“Alhamdulillah diberikan peluang dan kesempatan ini untuk sama-sama sepentas dengan barisan penyanyi yang ada nama besar dan hebat.

“Membuatkan saya juga turut bersemangat untuk jayakan konsert ini,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI