Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 34, mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik rakaman wanita yang bercukut kepala, sekaligus tampil dengan imej hampir botak.
Menerusi potongan video di Instagram, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik wanita miripnya yang memakai cermin mata hitam terlebih dulu dilihat membuka baju, dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum memotong rambut dengan mesin pencukur.
Kemudian, individu itu mengenakan topi sambil berposing seketika di hadapan video yang dirakam.
Bagainanapun, akses ruangan tanda suka komen pada hantaran tersebut ditutup meski menerima ribuan tanda suka daripada pengguna Instagram.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan demi komitmen kerjaya seni terbaharu atau sebaliknya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI