
Pasangan popular Bollywood, Alia Bhatt, 29, dan Ranbir Kapoor, 40, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Mumbai, India pada Khamis.
Majlis pernikahan ‘power couple’ itu hanya dihadiri kenalan rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Kedua-dua mempelai kelihatan segak dan cantik menggayakan busana perkahwinan daripada pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.
Pernikahan yang diadakan di kediaman pasangan itu dihadiri ibu bapa Alia iaitu Mahesh Bhatt dan Soni Razdan yang merupakan pengarah dan pelakon terkenal di sana.
Bapa Ranbir, pelakon veteran Rishi Kapoor dan isterinya, Neetu Singh turut hadir memberi restu perkahwinan anak mereka.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran sepupu Ranbir, aktres popular Karisma dan Kareena Kapoor.
Alia menerusi laman Instagramnya berkata dia sudah tidak sabar untuk mencipta seberapa banyak memori bersama suami tercinta.
“Kami sudah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi memori bersama, memori yang penuh dengan kasih sayang, jenaka, gaduh manja dan sebagainya.
“Terima kasih untuk semua doa anda, ia menjadikan memori ini lebih indah dan istimewa,” tulis Alia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alia Bhatt
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Tak Ada Musuh, Dalam Adik-Beradik Saya Boleh Katakan Dia Sebaik-Baik Orang,” – Tajul Terkedu, Keluarga Ikhtiar Bawa Abang Berubat

Penyanyi Tajul, tidak menolak dakwaan abangnya yang juga penyanyi, Muhammad Khalis Md Shari yang kini terlantar sakit kemungkinan akibat terkena penyakit misteri atau ‘santau’.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari bagaimanapun tidak mahu mengiyakan mengenai perkara terbabit kerana maklum orang ramai pasti memahami selepas melihat keadaan abangnya itu.
“Kalau melalui gambar pun, orang luar mungkin sudah boleh agak sakit apa. Kalau nak cakap pun, perkara ini agak sensitif kerana kadang isu ini mungkin ada yang tidak percaya, menidakkan dan ada yang kata merepek.
“Tapi hakikatnya memang ada, kalau terkena mungkin korang akan tahu.
“Memang daripada dulu dan kami sekeluarga pernah ikhtiar bawanya berubat beberapa kali sebelum ini. Tidaklah lama sangat (penyakit yang dialami)…Sejak dia mula bergelar penyanyi,” katanya kepada MH.
Mengharapkan semuanya kembali seperti sedia kala, Tajul yang baru sahaja menimang anak kedua bagaimanapun gembira apabila keadaan abangnya kini kian beransur pulih.
“Alhamdulillah keadaaanya semakin baik berbanding sebelum ini, dia hanya terbaring dan sukar untuk bercakap. Sekarang dia mulai boleh bercakap, jadi kita pun boleh ajak berbual dengannya… begitulah.
“Dia masih berada di hospital. Hari tu sudah dibenarkan pulang, bagaimanapun dia terpaksa ditahan kerana keadannya ketika itu kembali lemah. Selera makannya pun kurang.
“Hampir sebulan dia berada di hospital dan dijaga oleh isteri dan anak-anaknya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Tajul menyifatkan Khalis sebagai abang yang baik dan dia sekeluarga reda atas ujian menimpa.
“Dia tak ada musuh, dalam adik-beradik saya boleh katakan dia sebaik-baik orang. Bukanlah nak kata begitu sebab dia abang saya.
“Tapi dalam kalangan kami, dia tidak pernah marah, tak pernah buat hal dengan orang lain dan sebagainya.
“Dia hanya buat hal sendiri, jaga keluarganya. Itu sahaja. Tapi bila sudah jadi begini, saya terkedu.
“Tak tahulah apa yang orang tak puas hati dengan dia. Kalau ada yang cemburuinya saya tak tahu, Wallahualam.
“Mahu tak mahu, kami kena terima dan reda. Cuma kami sekeluarga cubalah ikhtiar. Macam mana sekalipun bawanya untuk pergi berubat cara tradisional, untuk benda yang mungkin kita tak nampak.
“Sementara yang sakit ni, kita kena bawanya juga ke hospital untuk pantau keadaan.
“Dia ada kencing manis, cuma apa yang dialaminya itu macam tidak ada kena-mengena dengan penyakit yang dialaminya kini.
“Mungkin ada yang pelik dengan fizikalnya yang sedemikian. Memang ada penghidap kencing manis yang kurus, akan tetapi yang melihat akan tahu.
“Setiap malam saya mendoakan dia agar segera baik seperti sedia kala. Sihat macam dulu. Semua adik beradik menunggu dia, mendoakan dia,” katanya lagi.
Sebelum ini, foto Khalis dalam keadaan lemah dan kurus fizikalnya sambil didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital tular di media sosial, awal bulan lalu.
Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya.
Sejak itu, wujudnya dakwaan mengatakan Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin itu berada dalam keadaan demikian akibat sihir atau ilmu hitam.
Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh cahaya mata berusia daripada 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka ialah anak tiri dan dua anak kandung.
Difahamkan, Khalid turut menjaga dua orang anak saudaranya sejak kecil.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Eh Fathia! Manusia Kena Selalu Belajar, Tak Boleh Nak Ditegur Tu Yang…” – Kata Tunku Hanis Buat Fatiya Latiff

Dua hari lalu, pelakon Tunku Hanis ada menitipkan sesuatu buat rakan artis, Fatiya Latiff. Katanya, sebagai sahabat susah senang bersama apa sahaja yang berlaku dia tetap ada di sisi.
Malah katanya lagi, kalau ada yang menegur ia adalah kerana sayang.
“Susah senang sama-sama! No matter what happen i got your back! Allah tengah duga kau supaya kau tau DIA sayangkan kau & ituje cara nak buat kau / kita ingat DIA. Mana mungkin DIA tak tau hati budi kau cuma perangai tu je sikit eh! TOLONG EH FATIYA! Haha!
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
“Tak apa, kita manusia kena selalu belajar yang tak boleh nak ditegur tu yang susah! Bila manusia tegur sebab sayang tetapi dihina dicaci diumpat digosip diperli ? tak apa! DIA akan datangkan teguran dari DIA! Macam aku, selalu tak dengar cakap orang sekali DIA nak tegur, DIA betullll tegurrr habisss! Hahaha!
“Semakin i dewasa semakin diri ini mengagumi setiap inci kerja tuhan & tiada yang benar melainkan yang benar iaitu hidup yang tiada ujian seumpama hidup tidak dipedulikkan tuhan! Orang yang sentiasa tenang & sabar dalam setiap dugaan dengan hati yang benar-benar bersih pasti menang! Bye,” kongsinya.
Pada masa sama, Tunku Hanis yang bakal muncul menerusi drama rantaian Leftanan Zana di esok jam 9.00 malam di TV3 turut memberitahu apa sahaja yang berlaku, pelakon sensasi berkenaan tetap merupakan sahabatnya.
“Korang hentam dia dengan puluhan batu pun @fatiyalatiff tetap sahabat saya! Dia pun nak potong pendek jugak! Hahaha! TAK KENA! Kau dengan grekkk kau perlu berpisah tiada eh! Lagi elok tutupje senang cerita!” akhirinya.
Foto: Instagram Tunku Hanis, Fatiya Ltiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umpamanya Bila Datang, Kita Macam…,” – Ani Maiyuni Teruja, Issey & Shafiq Farhain Antara Yang Turun Padang & Bakal Meriahkan Pantai Timur Food Festival

Berita baik buat penggemar juadah Pantai Timur, lebih 100 gerai bakal menanti pengunjung bersempena Pantai Timur Food Festival yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Persint 4, di Putrajaya.
Lebih menarik pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana masuk adalah percuma dengan pelbagai pilihan makanan serta gerai jualan.
Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan yang turut sama-sama mencari rezeki dengan berniaga menu masing-masing.
Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi, termasuk Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah.
“Saya bersama rakan artis dan pempengaruh lain teruja untuk sama-sama ikut serta dan berniaga sebab kita sedia maklum sebagai selebriti kita juga perlu turun padang dan bertemu empat mata dengan peminat.
“Meski hampir separuh jualan yang ditawarkan ialah menu Pantai Timur, namun festival ini turut membuka peluang kepada vendor lain untuk berniaga masakan daripada negeri lain juga. Umpamanya bila datang, kita macam ‘jelajah’ ke seluruh Malaysia untuk nikmati juadah,” kata Ani Maiyuni.
Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.
Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.
“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.
“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.
“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.
Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari selain cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai turut ditawarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI