
Selepas mencipta sensasi sejurus dinobatkan selaku naib juara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), persembahan penyanyi Marsha Milan menerusi Kembali Terang di AJL37 sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat.
Selesai membuat persembahan sebentar tadi, Marsha seperti biasa nyata memukau peminat di stadium dan juga di rumah menerusi kemantapan vokalnya.
Malah, para rakan penonton di Axiata Arena juga turut memberikan standing ovation selepas menonton persembahan daripada Marsha itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut berharap persembahan Marsha dapat melakar kejayaan pada malam ini.
“Baik weh vokal Marsha.
“Power gila Marsha.
“Menangis tengok Marsha nyanyi. Memang menusuk betul.
“Marsha wow power gila. Mana tahu boleh dapat vokal Terbaik. Hehe,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Kembali Terang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Senna dan Ajin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berbuka & Sembahyang Dengan My Sista Erra Fazira,”- Kongsi Salma Asis, Peminat Throwback Zaman Mentor 8 Tahun Dulu

Menerusi akaun Instagram penyanyi Salma Asis telah memuat naik sekeping gambar dia bersama primadona Erra Fazira.
Salma atau nama sebenarnya, Salmah A.Asis telah berkongsi ketika dia berbuka puasa bersama Erra.
“Alhamdulillah dapat berbuka & semayang sesama dgn my sistaaaa @errafazira yeyyyy love yuuuuu kakak yayanggggggg”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Akhirnya Cinta itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu untuk melihat Salma dan Erra digandingkan semula di atas pentas nyanyian menerusi mana-mana projek.
Terdahulu, Erra merupakan mentor kepada Salma ketika dia bertanding untuk sebuah program realiti nyanyian Mentor musim kelima, sekitar tahun 2011 lalu.
View this post on InstagramA post shared by New single “STOP LOVE” ?? (@salma_asis) on
Foto : Instagram Salma Asis
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Majoriti Teka Anak Dalam Perut Ni Lelaki,” – Ini Momen Indah Sekitar Baby Shower & Pelancaran ‘CakePop’ Hanez Suraya

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan kedua sekitar Julai depan mengakui majoriti rakan-rakannya meneka dia bakal bersalin anak lelaki tidak lama lagi.
Jelasnya, mereka meneka jantina tersebut apabila melihat kepada bentuk perutnya yang dikatakan menonjol ke depan.
“Majoriti teka bayi dalam kandungan saya lelaki, sebab kata mereka perut saya macam menonjol ke depan. Saya tidak kisah jantina anak asalkan bayi berada dalam keadaan sihat sempurna. Itu sudah memadai,” harap Hanez.
“Dulu masa mengandungkan anak pertama, saya memang jarang keluar rumah. Rasa penat cuma kali ini masih lagi boleh aktif meski sudah pun tujuh bulan bersalin. Hinggakan suami turut memberi pesan kepada saya agar banyakkan rehat,” katanya kepada MH.
Serentak dengan pengumuman jantina anak keduanya yang bakal lahir itu, pelakon Love You Mr Arrogant mengakui dia mulai pasang impian untuk memperkenalkan liptint sendiri gara-gara minatnya terhadap dunia seni Korea.
“Penyeri bibir biasanya untuk jadikan bibir kita tampak segar kemerah-merahan. Saya ilham untuk hasilkan produk tersebut pun kerana saya memang meminati K-pop.
“Mengandung ni tak tah lah teruk sangat ‘kemaruk’ minat drama Korea dan K-pop. Hinggakan saya merayu pada suami nak pergi Korea. Minat sangat, tak tahu kenapa,” selorohnya.
“Pada masa sama, saya memang sering aplikasikan liptint pada bibir. Jadi bila ditanya ramai akhirnya ia buahkan idea untuk lancarkan liptint sendiri. Liptint CakePop ini hadir dalam tiga variasi warna dan perisa iaitu Oren, Strawberi dan Tembikai” terang Hanez.
“Yang berminat boleh dapatkan ia secara dalam talian. Memang lancarkan dalam masa singkat kerana selepas ini musim perayaan dan saya juga akan berada dalam tempoh pantang.
“Jadi lebih baik untuk team kami lancarkan ia terus,” jelasnya yang tidak membelakangkan Deeja Cosmetics yang menjadikannya sebagai wajah wakilan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zoey Rahman Akui Siti Nordiana Miliki Ciri Wanita Idamannya

Hujung-hujung minggu ni, MH ada terbaca cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang kononnya ‘menyukai’ sifat yang ada pada penyanyi terkenal Siti Nordiana.
Pelakon yang dimaksudkan itu adalah Zoey atau nama sebenarnya Hairey Azhar Abd Rahman yang terkenal dengan wajah jambu ala pelakon Korea.
Walaupun tidak pernah mengaku perasaan sebenarnya, namun ramai peminat terutamanya pengikut perkembangan kedua selebriti ini menjadi teruja apabila mereka berdua mengerjakan umrah bersama pada 6 Disember yang lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin rapat.
Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Zoey sebenarnya menyifatkan penyanyi Bola-Bola Api itu hanya sekadar memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
“Sebagai lelaki, memang akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggungjawab pada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup.
“Kalau dilihat pada peribadi Nana, memang dia memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang tetapi secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia sangat terbuka untuk bercerita soal jodoh jika ditanya namun tidak berniat untuk mencanangnya.
Baginya, setiap peminat mempunyai pandangan namun cukup sekadar setakat ini hubungan mereka hanya dianggap sebagai kawan baik, sekirannya sampai seru jodoh, mereka tidak akan berahsia.
Sebenarnya hubungan persahabatan mereka telah terjalin lama sejak zaman remaja, malah Zoey juga pernah berlakon dalam video klip nana beberapa kali. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka berdua kelihatan rapat.
Lagi pula Nana pernah memberitahu pihak media yang dia akui tidak mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi mungkin kerana itulah mereka kelihatan agak rapat.
SUMBER : Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI