Usia kandungan pelakon Shalilla Khoriri kini sudah berusia tujuh bulan, namun ia bukanlah penghalang bagi pelakon drama Adam Dan Hawa untuk melakukan aktiviti lasak.
Mana tidaknya, baru-baru ini isteri kepada Fizi Ali itu telah berkongsi gambar yang melihatkan dia kini berada di puncak Bukit Lurah Bilut,Pahang.
Lantas, foto yang dimuat naiknya itu telah mendapat komen netizen apabila dia dikatakan berani melakukan aktiviti lasak meski sedang berbadan dua.
Rata-rata netizen memberikan komen pelbagai mengenai aktiviti yang dilakukan Syakilla bersama orang kampungnya (ibu saudaranya) itu.
Foto: IG Shakilla Koriri