Penyanyi Farawahida Razali mendedah dia sudah lebih setahun berpisah dengan bekas suami, sebelum melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias, pada Jumaat.
Penyanyi lagu Tanpamu itu bernikah dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping, Perak.
Sehari sebelum bergelar raja sehari, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D’Studio Homestay Changkat Jering.
Farawahida sebelum ini pernah berumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain sejak 16 Disember 2013.
“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami. Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.
Farawahida turut mengabadikan momen indah tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-36.
“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini.
“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu pada sebelah malamnya.
“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka,” katanya.
Mengulas mengenai perkenalannya dengan Zulkifli, dia yang pernah muncul dengan lagu Mengapa Harus Aku di samping Datin Alyah berkongsi, mereka mulai rapat di gelanggang badiminton.
“Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa.
“Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.
“Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti.
“Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam. Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram.
“Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat,” katanya yang turut senang dengan sikap suami yang sederhana.
Sementara itu, pada majlis pertunangan, Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran dengan menggayakan persalinan pereka, Kay Ibrahim dengan ditatarias Apit Marcello.
Foto: Instagram Farawahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu kejayaan buat kumpulan penari yang dikenali sebagai Nasty Rock Crew apabila cabaran tarian atas inisiatif mereka telah mencetuskan sensasi di laman TikTok apabila meraih ratusan respon positif.
Malah, rata-rata audiens yang menonton ‘dance challenge’ berkenaan mengakui rasa tercabar seterusnya berminat untuk cuba menghafal langkah tarian yang dicipta mereka.
Menurut salah sorang ahli Nasty Rock Crew iaitu Muhammad Firdaus, tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu pada mulanya dilakukan atas dasar suka-suka.
Bagaimanapun selepas tampil dengan langkah tarian, Firdaus merasakan lagu itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalis.
“Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini.
“Malah audiens yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang menang hadiah hebat seperti iPhone dan wang tunai”, katanya.
Bercerita mengenai latar belakang Nasty Rock Crew, menurut Firdaus, kumpulan ini telah aktif sejak Oktober 2010.
Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia tarian, Nasty Rock Crew telah meraih banyak kejayaan antaranya Juara Pertandingan Tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2015.
“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan sahaja satu hobi tapi juga menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok, dan ia menghiburkan pengikut kami,” katanya.
Sementara itu, cabaran tarian Keluarga Malaysia ini dilanjutkan tarikh akhir penyertaannya sehingga 7 Februari ini atas respon menggalakkan yang diterima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian.
Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut.
Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.
“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!
Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin @aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...