Lalu, gambar yang dikongsi oleh ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.
Ads
Rata-rata peminat membuat andaian terhadap isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini seperti sedang hamil.
Ads
Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Sebelum ini, bintang kelahiran Pulau Pinang ini pernah berkongsi berita kehamilan hasil perkongsian dia bersama Aidil bagaimanapun Fasha mengalami keguguran ketika kandungan berusia 3 bulan.
Ads
Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Jasmin Hamid ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Jasmin telah berkongsi foto seorang doktor yang kelihatan sedang menangis dan memberikan gambaran perasaan sedih para doktor yang gagal menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit.
“Perasaan para doktor ketika gagal menyelamatkan nyawa mangsa
“Jadi kita sebagai RAKYAT MALAYSIA yang bertanggungjawab untuk pulihkan kembali keadaaan WABAK ini.. Jangan hanya bergantung kepada pihak KKM.
“Mereka hanya merawat tapi kita sebagai RAKYAT MALAYSIA boleh mencegah WABAK ini dari terus menular dengan PATUH ARAHAN KERAJAAN.. Jika kita terus berdegil, TIDAK MUSTAHIL akan ramai lagi yang akan jadi KORBAN dan akan TOTAL LOCKDOWN.. .,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 47 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang dah khuatir jika penularan wabak penyakit Covid-19 ini berlarutan sehingga bulan Ramadan dan Syawal.
“Jika keadaan ini berterusan dan semakin PARAH, umat Islam sudah pasti tidak akan dapat menyambut RAMADHAN dan AIDILFITRI seperti sebelum ni
“So mari kita PATUH ARAHAN KERAJAAN kerana kita menerima kematian setiap hari dan jangan biarkan keadaaan ini berterusan..
“Banyak-banyak berdoa dan SUJUD kepadaNya.. Mohon Allah angkat segala penyakit ini dari atas muka bumi milikNya..
#covid_19
#coronavirus #allahsebaikpelindung,” tulisnya lagi.
Adik kepada personaliti popular Neelofa, Ameera Khan menjawab beberapa persoalan yang diberikan wargamaya menerusi Ask Me Question di Instagram.
Menarik perhatian, bintang media sosial itu memberikan jawapan serba ringkas mengenai beberapa soalan terpilih, termasuk mengenai perancangan masa hadapannya.
Tulis Ameera, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
“InshaAllah 2022,” jelas Ameera mengenai persoalan ‘Are you getting married’.
Bagaimanapun di dalam paparan berlainan, Ameera menjelaskan calon bakal suami masih belum ada, cuma dia merancang.
“Dah ada calon husband tak?,” soalan yang diberikan.
“Belum lagi tapi cincin dan date dah ada. Nak cari jodohlah ni,” reaksinya.
Dalam pada itu, gadis ini turut berkongsi mengenai nasihat paling baik yang pernah diberikan Neelofa.
Malah Ameera juga mendedahkan, dia kerap bercakap dengan ahli keluarga andai rasa kurang bermotivasi dalam impian mencapai cita-cita.
Foto: Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dengan fenomena Kpop yang melanda negara kini, nama-nama grup seperti Big Bang, EXO, BTS, Wanna One,NCT dan banyak lagi kian meniti di bibir para peminat.
Susulan itu, tidak mustahil sekiranya ada di kalangan ahli-ahli grup berkenaan yang mulai raih populariti meluas di Malaysia.
MH ingin berkongsi 5 bintang muda Kpop yang menjadi kegilaan gadis di Malaysia. Mana satu pilihan korang?
1. Park Bogum
Pelakon berusia 25 tahun ini merupakan salah seorang selebriti yang popular di Korea Selatan, antara drama lakonannya adalah Hello Lawyer, Reply 1988 dan Love in the Moonlight.
Dia juga pernah datang ke Malaysia pada tahun dua tahun lalu untuk bertemu para peminatnya.
2. Jeon Jungkook
Merupakan ahli termuda atau dikenali sebagai ‘maknae’ dalam grup fenomena popular, Beyond The Scene (BTS), Jeon Jungkook mempunyai para peminatnya yang tersendiri.
Turut dikenali sebagai ‘golden maknae’ kerana sangat berbakat dalam menyanyi, menari dan malah rapping. Grup ini bakal ke Singapura untuk konsert Love Yourself mereka pada Januari tahun depan dan tiket konsert habis terjual kurang masa 10 minit sahaja.
3. Oh Sehun
Seorang lagi maknae dalam grup popular, EXO. Sehun juga merupakan seorang pelakon berbakat. Dia juga sangat dikenali dengan muka polosnya yang membuatkan dia kelihatan ‘innocent’.
Bintang berusia 24 tahun ini juga merupakan penari utama dalam grupnya dan suka menunjukkan bentuk badannya yang ‘six pack’ itu kepada peminat.
4. Kang Daniel
Idol berusia 21 tahun ini merupakan pemenang musim kedua rancangan realiti Produce 101 dan kemudiannya debut sebagai ‘centre’ untuk grup Wanna One.
Pernah datang ke Malaysia sebanyak dua kali, pertama kali pada Januari lalu untuk satu majlis bertemu peminat dan kali kedua pada Julai lalu untuk satu konsert.
Grup ini juga baru sahaja melakukan ‘comeback’ terakhir minggu lalu menerusi lagu Spring Breeze sebelum dibubarkan hujung tahun ini.
5. Cha Eun-woo
Debut sebagai pelakon pada tahun 2013 dan kemudiannya menyertai grup Astro. Mempunyai wajah yang ‘baby-face’ membuatkan selebriti berusia 21 tahun ini mudah mencairkan hati peminat khususnya wanita.
Drama lakonannya dalam Gangnam Beauty tahun ini melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Dia juga kini turut tersenarai dalam majalah GQ Korea, sebagai ‘Men of the Year’.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...