Pelakon terkenal Bollywood, Preity G Zinta atau lebih mesra disapa Preity Zinta tampil membuat kenyataan kepada umum mengenai nama sebenarnya yang selama ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.
Memuat naik video di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini menegaskan bahawa nama tersebut bukanlah nama sebenarnya biarpun telah tular di internet.
“Selama ini saya selalu membaca dalam pelbagai artikel yang dikeluarkan oleh media bahawa saya telah menukar nama saya daripada Pritam Singh Zinta kepada Preity Zinta. Saya telah cuba untuk membetulkan fakta ini berkali-kali.
“Nama tersebut muncul apabila dalam set penggambaran filem Soldier, Bobby Deol memanggil saya dengan nama Pritam Singh sebagai gurauan.
Ads
“Filem tersebut berhasil menjadi filem blockbuster dan persabahatan kami berkembang. Kalau anda terjumpa Bobby boleh bertanya kepadanya kenapa dia memilih nama tersebut,” jelas pelakon berusia 48 tahun ini mengenai bagaimana nama tersebut boleh muncul.
Tidak menafikan nama tersebut wujud sebagai gurauan seorang sahabat, Preity turut menyatakan bahawa nama tersebut melekat sehingga kini.
“Sejak itu nama gurauan tersebut melekat pada saya sehingga kini. Jadi untuk terakhir kalinya saya membuat kenyataan bahawa Pritam Singh bukanlah nama sebenar saya, Harap ini menjelaskan segala-galanya untuk anda semua,” tambahnya lagi.
Imbas kembali, filem Soldier lakonan Preity Zinta bersama Bobby Deol ditayangkan pada tahun 1998 dan menjadi salah satu filem blockbuster Bollywood yang mencapai keuntungan bernilai jutaan dolar.
Ads
Menerusi lakonannya di dalam filem itu dia telah dinobatkan sebagai Pendatang Baharu Wanita Terbaik di Anugerah Filmfare.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @nrhnafq ada berkongsi momen dirinya bersolat jemaah bersama pelakon, Remy Ishak di sebuah surau di pusat membeli-belah.
Menurut individu tersebut, dia sendiri tidak menyangka bahawa makmumnya ketika itu adalah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu.
well tadi i imamkan Remy Ishak y’alls ??? seriously i thought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro 😉 pic.twitter.com/a3Pd5ONrmn
“Well tadi I imamkan Remy Ishak y’alls. Seriously I tought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro,” tulisnya.
Tambah individu tersebut, Remy dilihat amat kusyuk dan mengambil masa lebih dari tiga minit untuk menghabiskan doanya.
so aku macam nak salam la but the situation at the moment macam awkward tau sebab dia pun tengah khusyuk baca doa and agak lama so dalam 3 minit tunggu terus gerak. i’m not that jakun jumpa artis lol. these pics pun aku snap cepat cepat for evidence for my friend (his fan).
Penyanyi Liza Hanim baru-baru ini menyatakan rasa terharu dan syukur apabila tawaran bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (Tingkatan Satu) tahun 2022 bagi anak keduanya, Marissa Qaireen, telah berjaya.
Khabar gembira berkenaan dikongsikan penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Liza, kejayaan yang dikecapi anaknya itu seolah-olah bagai mimpi.
“Seminggu dah pengumuman ni. Seminggu juga la masih terasa macam mimpi, Allahuakbar!
“Alhamdulillah. Syukur Kak Ngah dapat tawaran. Yang diimpikan sedari awal menjadi kenyataan. Ni baru permulaan, dan sesuatu yang sangat baru buat kami sekeluarga.
“Betulla bak kata mak pak dalam whatsapp group sekolah; anak-anak ok je, nanti mama yang nangis bucu katil nanti. Ahak ahak ahak,” tulisnya.
Paparan berkenaan turut disusuli dengan titipan kata indah serta semangat daripada peminat buat Liza Hanim sekeluarga.
Selain Marissa, Liza dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin turut dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Marsya Qistina, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...