Yayasan Nasional Prihatin (Prihatin) terus komited dalam usaha kebajikan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM1.5 juta kepada 16,000 penerima menerusi siri Kembara Madani Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali, berkata pasukannya menjelajah ke 25 lokasi di seluruh negara untuk menyalurkan bantuan berkenaan kepada golongan yang memerlukan.
“Selain wang tunai, kita juga salurkan barangan keperluan makanan dan pakaian sempena sambutan Syawal yang bakal tiba.
“Bantuan tahunan ini diberikan kepada mereka yang memerlukan, termasuk anak yatim, gelandangan, pusat tahfiz dan penduduk PPR yang layak di seluruh negara.
“Kami di Yayasan Prihatin berusaha membantu seboleh mungkin mereka yang memerlukan,” katanya.
Ads
Usaha Murni
Selain bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, Prihatin turut menyalurkan sumbangan kepada golongan media yang memerlukan, dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa.
Menurut Aizuddin, golongan media memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan aktiviti kebajikan dan saluran dana kepada mereka yang memerlukan.
“Saya menyokong dan kami di Yayasan Prihatin sendiri menghargai jasa media yang banyak membantu, jadi apa salahnya kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Ini juga tahun keempat kami bersama-sama Yayasan Nurjiwa menghulurkan bantuan kepada golongan media,” ujarnya lagi.
Ads
Sebagai tanda penghargaan, Yayasan Prihatin bersama Yayasan Nurjiwa dan Cuckoo turut mengadakan majlis silaturahim baru-baru ini bagi meraikan golongan media, selebriti, anak yatim dan tahfiz.
Kembara Ilmu Prihatin & Sedekah Nurjiwa
Dalam majlis yang sama, Program Kembara Ilmu Prihatin turut dilancarkan bagi memperkasa masyarakat melalui pengembangan ilmu dan pemerkasaan jati diri.
Ads
Program ini menampilkan tokoh dan agamawan berkaliber dalam pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, forum interaktif, dan sesi motivasi Islamik yang bertujuan memberi panduan kepada masyarakat dalam membina nilai positif dalam kehidupan seharian.
Selain itu, Program Sedekah Nurjiwa juga diperkenalkan sebagai satu inisiatif misi amal dan kebajikan yang membolehkan orang ramai menyertai usaha ini dengan membuat sumbangan berterusan ke tabung Yayasan Nurjiwa.
Langkah ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu untuk turut serta dalam kerja-kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan secara lebih menyeluruh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Terdahulu pada hujung Februari lalu, Fazeera membuat pendedahan mengenai kehamilan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dalam laman sosial.
Menerusi satu perkongsian video berkenaan, Fazeera dilihat memberikan kejutan alat ujian kehamilan bertanda dua atau membawa maksud positif kepada Fizo.
Fizo yang juga finalis Hero Remaja sezaman Kamal Adli mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari itu pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini mencecah usia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif atau Imratul Najwa Abdul Latif berkongsi berita gembira.
Gadis remaja ini telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana, selepas bertahun menimba ilmu.
Dalam pada itu, bintang berusia 24 tahun itu turut berkongsi pengalaman demi merealisasi impian dalam pengajian.
“Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today.
“The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy.
“Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started.
“They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu.
“Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi).
“Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is)
“You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik.
“Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang takcukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough.
“While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah.
“Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. #captionwawapendekjegradnanti#tahuannoyinggilabacaessaycamni#donejadihater,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut memberi ucapan tahniah kepada Najwa kerana telah berjaya menamatkan pengajian tersebut.
Foto : Instagram Najwa Latif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menyumbangkan lebih RM50,000 untuk membantu golongan yang kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Raja Lawak kini membuka peluang untuk mempromosikan perniagaan di laman Instagramnya secara percuma.
Jelasnya, ruang itu diwujudkan bagi membantu usahawan untuk menambah pendapatan dan sekurang-kurangnya mampu menampung belanja harian.
“Assalam sahabat, kalau nak abang promote produk korang kat story boleh je. Bagi iklan lengkap kat DM. Free Je. Sama-sama support ek.
“Kalau ini membantu kowang dpt duit tuk cover belanje harian buat fmily..abg sudi bantu..free jer..janji sme2 support,” kongsinya.
Terdahulu, Man berkongsi RM50,000 daripada wang kemenangan MLM 2019 untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan berniat untuk menjual kereta dan motosikal mewahnya bagi menambah jumlah bantuan.
Pelawak itu juga difahamkan telah memberikan sejumlah sumbangan yang besar kepada Zarina Anjoulie untuk diagihkan kepada 40 buah keluarga yang memerlukan bantuan.
Foto : Instagram Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.