Memetik laporan Berita Harian, Prince Harry dan isteri, Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan penerimaan dana awam dalam persefahaman dengan Ratu Elizabeth.
Pasangan ini tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ dan Duke dan Duchess of Sussex serta akan menghabiskan masa di Kanada.
Ratu Elizabeth bertitah bahawa keputusan itu dicapai selepas rundingan dan persefahaman dicapai bagi menyokong keputusan mereka untuk jalani kehidupan yang lebih bebas.
Dengan keputusan ini, pasangan ini tidak lagi menggunakan gelaran diraja bagi tujuan rasmi dan dianggap tidak lagi sebagai mewakili anggota keluarga diraja.
Mereka juga perlu membayar balik RM12.5 juta wang pembayar cukai yang digunakan bagi mengubah suai kediaman sebelum ini.
Sumber : Berita Harian & Getty Image
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Lahirkan Attar, Duit Cukup-Cukup Je Nak Bayar Hospital…,” – Wawa Zainal Dedah Kehidupan Awal Perkahwinan
Usaha tangga kejayaan. Itu merupakan satu kata semangat buat mereka yang mahu mencapai kejayaan dalam hidup.
Begitulah situasi yang dihadapi pelakon dan usahawan Wawa Zainal, ketika di awal perkahwinan bersama Aeril Zafrel.
Awalnya, mereka hanya mendiami rumah sewa sebelum berjaya miliki kediaman sendiri.
“Ini lah mahligai kami di awal perkahwinan dulu…rumah sewa je.
“Masa tu nak beli rumah mcm ni pun belum mampu, ingat lagi.
“Masa lahirkan attar duit simpanan cukup2 je nak byr hospital, beli barangan baby,” tulisnya.
Akui Wawa lagi, tiada barangan mahal saat membesarkan anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil.
“Tak ada pun barangan mahal utk Attar. Tapi syukur masa Tu Instagram baru nak naik.
“Ramai gile peniaga barangan baby yg bagi gift review. Penuh satu bilik, hari2 tunggu abg posmen dtg hahahha..
“Kedengaran selalu org ckp2 ‘Tu la ko nak kawin yg Hensem aje.. cuba pilih yg kaya’ !! .
“Punya la cinta dgn @aeril_zafrel saya tak kisah asal kan bahagia! Duit boleh cari xpe..Ecewah mcm dlm drama!
“Lama kelamaan tak tahan sbb asyik nak kena mintak duit suami je.
“Rasa malu yg amat..daripada situ la wawa start bisnes kecik-kecilan.. online bisnes.. & alhamdulillah hari ini, kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga. syukur ya Rabb,” kongsi Wawa.
View this post on InstagramA post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Terdahulu, Aeril telah menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada Wawa, lengkap dengan perabot mewah pada November tahun lalu.
Imbas kembali, Wawa dan Aeril berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil.
Dalam perkembangan lain,Wawa kini sedang sarat hamil anak ketiga yang kini sudah mencecah enam bulan.
Foto :Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Masih Ada Rezeki & Pendapatan Tetap, Hargailah!,” – Seksa Alami Serangan Anxiety, Aril Pilus Mahu Kekal Cergas & Henti Ambil Ubat
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memaklumkan baru-baru ini ada menjalani rawatan terapi tulang belakang yang dikendalikan salah seorang sahabatnya.
Sewaktu menjalani rawatan tersebut, Aril dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman supaya tubuh badannya sentiasa berada dalam keadaan cergas.
“Kebetulan aku ada seorang sahabat yang pandai buat terapi tulang belakang ni, kira macam chiropractic juga dan berbekam. So, aku pun buat treatment dengan dia dan dia cakap pergilah bersenam.
“Keluarkan peluh malas ni. Dah tua-tua ni ternak lemak buat apa? Hahaha. Then aku pun buat keputusan untuk tak nak makan ubat tapi bersenam,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Menatap Matamu itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Selain untuk mengekalkan tahap kecergasan, Aril turut mendedahkan antara sebab mengapa dia harus kekal aktif adalah bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terus mengalami ‘anxiety attack’.
Katanya lagi, ‘anxiety attack’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
“Tujuan aku ikhlas cuma nak share pengalaman. Tak best kena anxiety attack ni dan tak nak korang rasa benda yang sama. Yang mana masih ada rezeki dan pekerjaan, pendapatan tetap bersyukur dan hargailah,” kongsi lagi.
Sementara itu, adik kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus ini turut dilihat sempat menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang mengalami masalah yang sama sepertinya.
“Yang masih survive untuk terus hidup macam aku ni atau lebih worst dari apa yang aku lalui, aku doakan semoga Allah S.W.T limpahi rezeki yang halal untuk korang semua.
“Jangan give up. Moga ada sinar hujung kegelapan. Amin! Terus kekal sihat ye guys,” akhirinya.
Sumber: Instagram Aril Pilus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Inilah Contoh…,”- Rakam Aktiviti Di Konti, Perkongsian Issey Fazlisham Tentang Nabil Ahmad Buat Ramai Kagum
Sekiranya kita punyai waktu yang terluang walaupun sekejap ketika di tempat kerja, rasanya perkara apa yang akan kita lakukan? Power nap, melayari internet dan sosial media ataupun bersembang dengan rakan-rakan sekerja?
Namun, alangkah lebih baiknya jika kita memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan memperbanyak amalan agama seperti berzikir ataupun membaca Al-Quran.
Sama seperti perkongsian daripada pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, dia menzahirkan rasa kagum selepas melihat rakan seperjuangannya yang juga merupakan penyampai radio Era, Nabil Ahmad yang khusyuk membaca Al-Quran ketika sedang berehat daripada on air.
Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, seawal jam 7 pagi, Nabil memang rajin untuk mengaji di dalam konti.
@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA ♬ original sound – JalilRazak
“Jam 7 pagi, mari tengok Nabil buat apa? Mengaji dalam konti. Sebab itulah aku suka dan minat dengan Nabil punya perjuangan,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio bagi segmen Gegar Pagi itu menerusi laman Tik Tok miliknya.
Katanya lagi, istiqomah Nabil di jalan agama ini akan sentiasa menjadi inspirasi buat dirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan rasa yang sama selain turut memuji usaha Nabil mencari waktu untuk membaca Al-Quran meskipun ketika di tempat kerja.
“Dia tahu agihkan masa untuk dunia dan juga akhirat. Pesanan untuk diri sendiri juga.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Jika kita dah tanamkan rasa cinta kita pada Allah. Kita sanggup buat apa sahaja untuk Allah.
“Nabil ni buat kebaikkan tak menunjuk cuma kawan-kawan yang viralkan tu. Apapun terus istiqomah.
“Semoga penghijarahan saudara Nabil menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang ingin menuju jalan reda Allah.
“Inilah contoh berjaya dunia akhirat. Cari dunia hanya dapat dunia. Cari akhirat dapat keduanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video tersebut telah pun meraih hampir dua juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Terdahulu, Issey merupakan penyampai yang mengendalikan segmen Gegar Pagi di stesen radio Gegar bersama gandingannya Shah Gegar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI