Usahawan, Joy Revfa ada memaklumkan kita perlu menggunakan masa terluang untuk sesuatu hal yang berfaedah selain mendatangjan manfaat dan menjana wang setiap hari.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusu Instagtam menerusi entri terbaru yang dikemas kini.
Tambah Joy lagi, usah terlalu gembira berada di zon selesa. Sebalikya terus berusaha untuk mengumpul harta di alam realiti dan akhirat.
“MATA DUITAN..? Ya..! Mmg kita kena jadi mata duitan..! Sebab MASA itu DUIT! Gunakan masa kita yg terluang untuk sesuatu yang mndatangkan manfaat dan menjana wang setiap hari.
“Jika kita digelar mata duitan, itu benar kerana jika kita buang masa pada benda tak berfaedah, apa yang kita dapat?? Komitmen semakin tinggi & keinginan kita pun suka benda yg mahal2 je & nk travel kat tempat/ best, Ingatlah! Jangan rasa happy sgt berada di ‘comfort zone’ (zon selesa) Berusaha & terus berusaha kumpul harta di alam realiti ini & saham,” tulisnya.
Pada masa sama, keseimbangan kerjaya dan hobi juga penting agar manfaat daripada keduanya diperoleh.
“Justeru, keseimbangan antara KERJAYA dengan HOBI sangatlah penting supaya kedua-duanya manfaat dapat kita peroleh. Gunalah prinsip, semasa kerja memang kerja betul-betul 200% diberikan dan semasa nk melayan HOBI maka ‘enjoy’ la betul-betul tapi jangan sampai 24jam mengadap sampai melalaikan, lupa yang tersayang & solat.
“Tetapkan masa sesuai utk melayan HOBI itu di hujung minggu. Insyallah, kehidupan kita akan lebih tenang dan bahagia. Fokus lah pada matlamat asal kita. Jangan sibuk dengan kejatuhan atau kemenangan orang lain.
“Nak ambil pedoman atau contoh itu tak mengapa tapi jangan biar ia beri kesan buruk pada kita.
“Remember, you get what you FOCUS on, so FOCUS on what you want Focus like a laser not a flashlight.
“F.O.C.U.S iaitu (Follow One Course Until Success) yang bermaksud, menumpukan seluruh tenaga dan tumpuan mengikut satu jalan sehingga anda berjaya mencapainya.
“fokuslah pada matlamat asal kita. Jangan sibuk dengan kejatuhan atau kemenangan orang lain. Nak ambil pedoman atau contoh itu tak mengapa tapi jangan biar ia beri kesan buruk pada kita. BERUSAHA & FOKUS menambahkan lagi duit kita berlipat2 kali ganda setiap hari okey,” kongsinya panjang lebar.
Betul juga apa dikata Joy tu kan? Sekurang-kurangnya perkongsian tersebut dalam membantu memberikan semangat buat kita untuk menjadi insan lebih baik, insyaAllah…
Foto: Instagram Joy Revfa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI