Bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan pertama, bintang Bollywood, Priyanka Chopra telah memberi kejutan kepada suaminya, Nick Jonas.

Dalam keadaan mamai selepas bangun tidur, Nick terkejut dan tersenyum selepas kejutan yang dilakukan isterinya itu iaitu seekor anak anjing yang diberi nama Gino Jonas.

Perkara itu membuatkan Nick terharu apabila menerima hadiah berkenaan yang dianggap sebagai ahli keluarga baru mereka.

“Pri came home with the absolute best surprise this morning. Please meet our new pup @ginothegerman

” I haven’t stopped smiling since I woke up this morning and finally realized what was going on. Thank you @priyankachopra ,” tulis anak kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu. 

Video yang telah mendapat lebih dua juta tontonan selepas dimuat naik kurang 24 jam itu telah mendapat reaksi pelbagai dari peminat yang menganggap pasangan ini sehati sejiwa.

View this post on Instagram

I’m here. I’m home

A post shared by Gino Jonas (@ginothegerman) on

View this post on Instagram

Morning cuddle puddle with daddy.

A post shared by Gino Jonas (@ginothegerman) on

Terdahulu, perkahwinan Priyanka dan Nick berlangsung dengan gilang-gemilang di Istana Umaid Bhavan di Jodhpur, India pada 1 December 2018.

Malah, gaun yang digayakan Priyanka mendapat perhatian dunia apabila  veil sepanjang 75 kaki memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna.

Bersama enam orang pengiring dibelakangnya, gaun Priyanka dilaporkan dihiasi turut dengan 2.3 juta butir labuci mutiara.

Video / Foto : Instagram Nick Jonas/ Google