Umum mengetahui bintang terkenal Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang.
Namun begitu mereka tidak pernah memuat naik gambar bayi tersebut sehinggalah semalam apabila pasangan merpati dua sejoli itu sama berkongsi di ruang Instagram mereka. Diberi nama Malti Marie Chopra Jonas, bayi perempuan berusia hampir empat bulan itu kelihatan selesa dalam dakapan kedua orang tuanya.
Menurut Priyanka, sejak dilahirkan Malti Marie telah ditempatkan di NICU atau unit rawatan rapi bayi selama lebih 100 hari sebelum boleh pulang ke rumah untuk bersamanya dan suami.
“Perjalanan setiap keluarga adalah unik dan memerlukan tahap keimanan yang tertentu, dan walaupun perjalanan kami adalah beberapa bulan yang mencabar, perkara yang menjadi sangat jelas, apabila difikirkan semula, ia sangat berharga dan sempurna setiap saat.
“Kami sangat gembira kerana anak kecil kami akhirnya pulang. Terima kasih kami ucapkan kepada setiap doktor, jururawat dan pakar di Rady Children’s La Jolla dan Cedar Sinai, Los Angeles. Bab kehidupan kami yang seterusnya bermula sekarang, dan bayi kami benar-benar kuat. Jom kita tempuhi kehidupan bersama MM! Ibu dan ayah sayang kamu,” ujar Miss World 2000 ini penuh syukur.
Sempena Hari Ibu yang diraikan semalam, Nick Jonas pula dalam hantaran di Instagram menitipkan kata penghargaaan kepada isterinya.
“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam segala cara, dan kamu mengambil peranan baharu ini dengan mudah dan mantap. Saya sangat bersyukur kerana berada dalam perjalanan ini bersama. Kamu sudah menjadi ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya sayang awak,” luahnya.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini berkahwin pada 2018 dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di negara kelahiran Priyanka, India.
Mereka saling berkenalan setelah Nick menghantar mesej kepada Priyanka menerusi aplikasi Instagram pada tahun 2016, sejak itu mereka sering dilihat bersama dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah dikejarkan ke hospital pada malam Ahad, personaliti TV, Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini ibunya, Sharifah Meryam Syed Abd Rahman Al-Attas.
Menurut Iesya, ibunya yang mengalami sakit di bahagian tulang pinggul dilaporkan baik-baik sahaja sejurus selepas menerima keputusan x-ray.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita yang telah pun selamat bersalin cahaya mata sulung secara normal di sebuah pusat perubatan, petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14 petang secara normal. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian foto yang merakamkan gambarbayi perempuannya yang sedang mengenggam tangannya, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berdoa agar anak permata hati menjadi pengikat kasih beraama suami, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak,” titip Wany yang disusuli dengan pelbagai dedikasi daripada peminat dan rakan artis.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 50,000 tanda suka.
Imbas kembali, Wany dan Muhd Al-Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Start your day with a morning exercise.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...