Selepas diperkatakan kerana bergaya sakan masuk stadium bagi memberi sokongan buat skuad Harimau Malaya di final Piala AFF Suzuki, nama figura cantik Rozita Che Wan sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila memuat naik gambarnya bersama suami Zain Saidin.
Posting foto mereka berdua sedikit istimewa kali ini apabila ia adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Lalu seperti biasa, pelakon dan usahawan itu tampak glamor menerusi persalinan yang digayakan. Ditatarias jurusolek terkenal, Syedewa, Che Ta turut mengenakan persalinan sarat perincian cetak flora.
Selain terpegun dengan gambar bidikan lensa dari Blackpepper Production, kami turut terhibur dengan reaksi dan komen pelbagai daripada netizen.
Antaranya, ada yang membayangkan pasangan ini saling tak tumpah seperti Priyanka Chopra dan Nick Jonas atas faktor jarak usia di antara mereka.
Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis Che Ta pun tak kurang humor apabila mendedahkan suaminya itu baru saja berada di darjah 2 ketika dia telah pun dinobat sebagai Miss Intercontinental tahun 92.
Apa pun, jom usha beberapa keping foto menarik bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah pun mencecah separuh dekad.