Penerbit Jaja Ishak tidak kisah dilabel memilih bulu kerana mengutamakan barisan pelakon daripada negeri Pahang untuk membintangi drama-drama terbitan rumah produksinya, Jaja Ishak Channel.
Menurut Jaja, kritiria tersebut menjadi keutamaanya bagi memudahkan setiap urusan kerja namun kualiti bakat juga tetap diambil kira.
“Sejujurnya saya memang memilih bulu. Itu rumah produksi saya. Jadi, suka hati sayalah nak memilih siapa pelakonnya. Asalkan pihak stesen tv setuju, saya okay sahaja.
“Saya telah pun menghasilkan hampir 50 buah karya dan kebanyakkan lokasinya di Pahang. Jadi, bagi memudahkan urusan kerja, saya akan memilih pelakon yang mempunyai pertalian dengan negeri Pahang.
“Sebelum ini, saya kerap memilih barisan pelakon seperti Datuk Fizz Fairuz dan Noorkhiriah. Namun, kalau nak berlakon di rumah produksi saya, bakat juga diambil kira.
“Kalau ada pilihan pelakon yang mempunyai bakat yang sama, sudah tentu saya akan dahulukan mereka yang berasal daripada Pahang berbanding negeri lain,” katanya kepada MH.
Ads
Jaja berkata sedemikian ketika ditemui di prorgram santai bersama media anjuran Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Jaja akui tidak terkesan sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan cara kerjanya itu
“Saya tak takut pun. Saya follow the flow je. Kalau mereka nak berkerja dengan saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak nak, tak mengapa dan saya tak kisah.
“Saya pun tak terdesak sangat. Saya bukan kekwat tapi itu prinsip saya. Pada saya, saya nak bekerja dengan orang yang mudah.
Ads
“Kalau artis daripada negeri luar, ada banyak perkara yang perlu diambil kira seperti kos pengangkutan dan penginapan.
“Namun, ini bukan bermakna pelakon negeri lain tak bagus. Saya juga kerap membuat projek travelog dan dokumentari di negeri-negeri lain,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, ini juga merupakan salah satu cara untuk rumah produksinya membalas jasa dan sokongan yang telah diberikan kerajaan negeri Pahang salama ini.
Ads
“Saya juga nak menjana ekonomi di negeri Pahang. Saya terlalu sayangkan negeri saya.
“Malah, perkara yang paling penting, setiap karya-karya daripada Jaja Ishak Channel, mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Pahang. Itu merupakan perkara eksklusif buat rumah produksi kami,” akhirinya.
Terdahulu, Jaja kini dalam persediaan untuk menerbitkan drama baharu yang berjudul Panggil Aku Dahlia yang mengisahkan tentang percintaan membabitkan pengusaha ladang teh.
Malah, drama ini juga bakal menjalani penggambaran di Cameron Highland, Kuantan dan Temerloh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Jaja Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Fazura ada menitipkan dedikasi teristimewa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Sharifuddin Adnan.
Memuat naik foto sekuntum bunga mawar putih sebagai simbolik mengenang insan teristimewa dalam hidup, permaisuri hati kepada pelakon, Fattah Amin ini menzahirkan rasa.
Kongsinya, dia rasa sayu apabila mengenangkan apakah perasaan Papa (panggilan buat arwah bapa) andai mengetahui anak perempuan tunggalnya itu bakal melahirkan anak pertama tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Fazura bersyukur kerana masih terus dapat berdoa buat Allahyarham.
Perkongsian rasa tersebut dibuat bintang Pisau Cukur ini menerusi Instagram, pada Rabu.
“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today.
“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama. Rindu tak terkata.
“Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya. Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa, Sharifuddin bin Adnan,” tulisnya.
Bakal ibu ini pada masa sama turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah bapanya yang sudah dianggap sebagai bapa saudara sendiri.
“Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT. Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz.
“Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa. Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat.
“Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang,” kongsinya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat menitipkan doa di ruangan komen serta bacaan al-Fatihah buat insan yang telah pergi buat selamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah pelakon, Harris Annuar yang dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang daripada bercuti di Langkawi, baru-baru ini.
Menerusi sebuah posting yang dikongsikan di Instagram, Harris dengan rasa rendah diri membuat permohonan maaf kerana menyifatkan dirinya telah menyusahkan ramai pihak.
Malah, anak kepada usahawan kosmetik popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton ini turut memberi tahu, tahap kesihatannya kini baik-baik sahaja cuma badannya berasa sedikit lemah.
“Dengan rasa rendah dirinya Harris memohon maaf jika menyusahkan semua, untuk yang bertanyakan tentang khabar Harris, Alhamdulillah Harris sekarang ni ok, cuma badan je lemah sikit.
“Semalam bila harris buat test covid di @kumpulan_megaklinik_zahran and tested positive harris rasa jantung ni macam nak drop je, tapi takpe Harris percaya semuanya ada hikmah atas segalanya and doktor ada bagitahu Harris suruh harris inform dekat semua close contact Harris yang Harris jumpa dalam masa terdekat ni,” tulisnya.
Jelas finalis Hero Remaja 2017 ini lagi, dia berharap agar orang ramai tidak menunding jari kepada sesiapa pun kerana menyifatkan perkara seperti ini sukar untuk dikawal.
“And Alhamdulillah Harris dah bagitahu dekat semua, pihak klinik ada mengatakan yang close contact bermaksud yang harris tidur bersama, makan bersama, bercakap bersama tanpa memakai mask, itu dikira close contact manakala kalau Harris berjumpa tapi harris pakai mask and bercakap, itu tidak dikira close contact.
“Tapi kalau ragu ragu jugak tak mengapa boleh buat swab test dekat mana mana tempat berdekatan, Harris tak minta semua benda ni jadi, harap tiada siapa yang menuding jari, In Sha Allah Allah selamatkan segalanya! And terima kasih kepada semua yang risaukan tentang Harris,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut berharap agar Harris lekas sembuh.
Terdahulu, Harris bercuti di Langkawi selepas berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh 540 KM daripada rumahnya ke pulau tersebut.
Sumber: Instagram Harris Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu artis wanita yang membuka hijab kini semakin menjadi perbualan netizen apabila semakin ramai artis wanita membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu dan bertanya pelakon serta pelawak senior, Shamsul Azahar Aliddin atau lebih dikenali dengan Shamsul Ghau Ghau untuk bertanyakan pendapat mengenai isu ini.
“Sebenarnya patah balik ni, itu adalah ujian, kita kena bersama-sama orang kata mengambil tanggungjawab, kita tak boleh nak salahkan semua orang, kita tak boleh nak salahkan dia sahaja, kita kena salahkan diri kita juga sebab kita kena sama-sama membantu,
“Kita bukan nak mengkeji dan menghentam. Jadi kita janganlah menghentam malah cakaplah baik-baik supaya benda ini boleh membantu artis itu untuk kekal istiqomah.
“Dunia akhir zaman sekarang ni, orang yang menghentam lebih banyak daripada yang memberi semangat, come on lah kita kena bagi semangat.
“Kita tak boleh masuk syurga sorang-sorang, janganlah asyik menghentam, ada orang nak tunjuk buat kebaikan kita jangan anggap dia dah jadi ulama.
“Baru pakai tudung kita dah kata dia ahli syurga, eh come on syurga itu milik Allah, siapa nak berubah syukur alhamdulilah, yang dia patah balik tu jangan lah kita hentam dia tapi sama-sama kita ajak ke arah kebaikan,”kongsi Shamsul.
Semoga kata-kata dan nasihat yang dikongsi oleh Shamsul ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua.
Lama tak dengar cerita abang Shamsul Ghau-Ghau ni kan. #MHTOP5#shamsulghaughau#MHnews