Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan ada beberapa pelakon wanita memilih untuk menolak tawaran untuk berlakon filem pertama di bawah produksi penerbitannya, Respected Citizen Production Sdn Bhd berjudul Sabda Kekasih.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, dia tidak terkilan memandangkan produksinya masih lagi baru selain tawaran yang diberikan adalah sebagai heroin kedua.
“Dari segi pemilihan watak, kami ada berbincang memandangkan karektor utama di dalam filem ini pun hanya ada lima sahaja iaitu saya dan Aeril, selain Fauziah Nawi, Sabri Yunus serta watak Hayla Sofia.
“Cuma, untuk watak Hayla Sofia itu yang pening juga nak cari. Kami ada tawarkan kepada beberapa pelakon tapi tak pastilah mungkin ada yang sibuk dan sebagainya.
“Mungkin juga sebab produksi kami masih baharu, tak kenal dengan produksi ini. Bukan sebab bayaran. Tambahan pula, kena jadi ‘second heroin’ di sisi saya, memang mereka tak nak lah kan? Tapi tidak mengapa, mungkin ada hikmah,” katanya.
Ads
Wawa dan Aeril bagaimanapun bersyukur kerana pemilihan bintang baru, Sharifah Husna membawakan watak Hayla Sofia dilihat sebagai pilihan tepat.
“Saya dan Aeril, okay saja. Tapi, memang agak mencabar. Kami menghubungi ramai artis perempuan ketika itu.
“Tapi, sebab ini cerita kami, kalau memang tak ada siapa nak, kami sudah sedia dengan ‘pelan B’ misalnya tukar sikit watak.
Ads
“Apabila ramai menolak, Aeril cari lagi dan jumpa Instagram Sharifah Husna. Dia tunjuk dan saya terus cakap okay dan cantik orangnya.
“Walaupun masih lagi baru, tapi dia bagus. Lebih-lebih lagi, watak Hayla Sofia dipaparkan sebagai wanita yang baru balik dari menyambung pengajian di Mesir,” katanya.
Berkongsi mengenai cabaran melakonkan watak air mata sebagai Kasih Murni, Wawa bertuah kerana setiap pelakon saling menyokong termasuk suaminya.
Ads
“Sejujurnya, saya tiada kisah yang terlalu menyedihkan untuk dikenangkan bila nak hayati babak air mata. Jadi apa yang terbaik untuk saya lakukan ialah, dalami watak itu sendiri.
“Alhamdulillah meski sudah bertahun tidak berlakon, saya bertuah sebab pelakon lain sama-sama membantu demi menghidupkan watak. Semuanya okay, mudah untuk cipta keserasian.
“Saya lama tak berlakon lalu digandingkan pula dengan barisan pelakon yang hebat, saya ibaratnya terkena tempias dengan aura mereka. Malah saya sendiri perlulah bersungguh-sungguh untuk jayakan watak yang diberikan,” katanya.
Filem Sabda Kekasih arahan Azhari Zain itu bakal ditayangkan pada 24 Jun ini di Astro First (saluran 480).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Azharina berpendapat, insiden melibatkan Zamani di pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu lalu adalah adat dalam pertandingan.
Baginya, sudah menjadi resam menerusi sebuah program berbentuk pertandingan, pasti akan ada dugaan. Apatah lagi, ia disiarkan secara langsung.
“Bagi saya itu adat pertandingan, pasti ada yang memang dan kalah. Ada dugaan yang tersendiri. Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan pernah mengalami situasi di GV, saya rasa ia adalah suatu yang normal.
“Tidak ada yang akan tahu, sehinggalah kamu sertai program tersebut. Betapa kuat dugaannya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim dengam lagu Elergi Sepi ini turut menambah, sebagai seorang penyanyi apa yang terjadi perlu ditelan meski ia dilihat sukar.
“Kalau setakat tak keluar suara itu normal. Kami sebagai penyanyi, penghibur ni mahu tidak mahu kenalah telan juga. Mungkin pada ketika itu situasi Zamani tidak berapa baik.
“Sebagai seorang rakan penyanyi dan sahabat, saya sedih apabila suaranya tidak keluar. Saya ada tonton,” kata Azharina yang turut menambah walau apa yang berlaku, dia menyifatkan penyanyi itu sudah pun mencipta sejarah tersendiri.
“Dalam sejarah GV, tiada peserta yang markahnya kosong. Zamani sudah buat sejarah. Betapa legendanya seorang manusia bernama Zamani hingga satu dewan nyanyi untuk dia.
“Cuma kalau saya berada di dalam situasinya, saya akan menggunakan peluang yang diberikan. Cuba kekalkan kesihatan dan pada masa sama, minta doa padaNya agar diberikan keluatan.
“Minta juga perkara yang tidak baik itu dijauhnya,” kongsi juara GV musim ketiga ini.
Terdahulu, Azharina ditemui media pada majlis pelancaran single terkininya berjudul Lakar Janji di Narenj Restaurant di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Lakar Janji merupakan lagu hasilan sepenuhnya Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertaiment dengan kerjasama Azharina Entertaiment.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, usahawan Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz telah berkongsi ilmu dakwah bersama wargamaya.
Perkongsian secara ‘Live’ di laman Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa itu, PU Riz telah berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasullah SAW kepada para wanita.
Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.
“Hari yang istimewa buat kita semua saudara seislam. Alhamdulillah atas sambutan yang cukup baik kalian yang sudi meluangkan masa mendengarkan perkongsian kami.
“Semoga setiap ilmu yang disampaikan akan terus mengalir menjadi saham akhirat dan mampu dikongsikan semula oleh mereka yang mendengar kepada hamba Allah yang lain, insyaAllah. @kasihneelofa,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa itu.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) ada berkongsi potongan video yang merakamkan aksi spontan dia dan anaknya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau sinonim dipanggil Cik B menonton episod pertama drama Lelaki Lingkungan Cinta yang turut dilakonkannya.
Diambil secara spontan, video yang dimuat naik DSV menerusi Instagram pada malam Rabu itu nyata mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, gelagat Cik B yang dilihat tersipu malu selepas diusik DSV sejurus melihat aksi lakonan anaknya di kaca TV cukup menghiburkan.
“BILA CIK B TENGOK DIRI DIA DALAM TV. DIA MALU. TAK TAHU NAK SOROK MUKA KAT MANA,” tulisnya ringkas.
Menerusi video yang sudah pun ditonton lebih 50,000 kali itu, Cik B dilihat turut memeluk ibunya sambil disusuli dengan tawa mereka anak-beranak.
Terdahulu, selain Cik B, drama berkenaan turut menampilkan para pelakon remaja lain seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Nabil Aqil dan ramai lagi.
Drama yang bersiaran menerusi slot Lestary itu memulakan tayangan bagi menggantikan drama fenomena, Kampung People 2.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...