TV AlHijrah sentiasa komited untuk meraikan perbezaan pandangan selain turut berusaha untuk membuka minda penonton agar menjadikan ibadah haji sebagai medium penyatuan seluruh umat Islam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, ibadah haji dapat menghapuskan garis pemisah antara warna kulit, hierarki sosial dan perbezaan pangkat sekali gus menolak unsur jahiliah yang mungkin berbaki dalam masyarakat.
“Tahun lepas, kita memang fokus terhadap ibadah haji itu sendiri. Kali ini pula, kami mahu memberikan penekanan terhadap konsep kesepakatakan. Kalau kita tengok hari ini, memang perlunya semangat kesepaduan disebalik perbezaan pandangan.
“Ibadah haji ini sebenarnya memberikan pengertian yang harus kita lihat semula. Semua orang daripada warna kulit, latar belakang dan pandangan yang berbeza, bila mereka tunaikan haji, kita semua sama,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, bersempena kehadiran musim haji 1444 H dan Hari Raya Aidiladha, TV AlHijrah mahu terus menjadikan media yang memperjuangkan Islam, mendokong aspirasi Malaysia Madani dan menjayakan Gagasan Al-Falah.
“Itu semangat yang ingin kami tekankan terutamanya kepada para asatizah kita. Sebelum kita boleh beri penerangan pada orang bukan Islam, perlunya kita memahami konsep kesepakatan dan menghormati dalam perbezaan pandangan.
Ads
“Itu semangat haji yang ingin kita sampaikan. Sebab itu juga kita kekalkan tema ‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’. Dengan penghayatan ilmu, kita dapat memahami setiap perbezaan,” ujarnya lagi.
Namanzee berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan program TV AlHijrah bersempena musim haji dan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Bertemakan Jemputan Haji, TV AlHijrah istiqamah meneruskan agenda dakwahnya melalui beberapa program dirangka khas untuk mencetuskan rasa syukur jemaah atas takdir terpilih ke Tanah Suci.
Ads
Antaranya program Cinta Ilmu Aidiladha melalui tiga segmen Islam, Iman dan Ihsan yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu jam 7.30 malam.
Program bual bicara Labbaikallah pula dikekalkan bagi mengundang nostalgia mereka yang pernah menunaikan ibadah ini mahupun mereka yang baru menerima jemputan tahun ini agar dapat mengubat rindu terhadap Baitullah serta mengimbau detik indah ketika melakukan persediaan awal hinggalah Hari Tasyrik.
“Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti Hijrah Berselawat Istimewa Aidiladha, Gema Haflah Istimewa Aidiladha, Program Barakah dan Seikhlas Hati.
Ads
“TV AlHijrah turut membariskan beberapa program menarik seperti Kapsul Ibadah Haji, Al-Haramain, Interaktif Haji, Ustaz Pilot, Tangisan Baitullah yang sudah dimulakan siarannya sejak 22 Mei lalu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, program travelog Rehlah Ibrahim turut diperkenalkan bagi membawa penonton melihat dengan lebih dekat tengtang sejarah ibadah korban berlatarkan sirah Nabi Ibrahim.
Selain di Malaysia, program Rehlah Ibrahim turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi lain di luar negara seperti Mekah, Madinah, Kemboja dan Afrika.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ben Amir meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada kelab peminatnya.
Baru sahaja melancarkan saluran YouTube sendiri, bintang drama bersiri Sweet Dreams itu turur menerima hadiah berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada para peminat setia.
“Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak. You guys memang awesome ! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it!
“No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates,” kongsinya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Malah, aktor berusia 30 tahun ini juga berjanji untuk mengemas kini saluran YouTube miliknya dengan pelbagai pengisian, termasuk soal perkembangan seninya.
“I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned !,” tulisnya lagi.
Penyanyi Zamani akhirnya berkongsi mengenai perubahan personalitinya daripada seorang yang gembira berubah mulai menjadi pendiam, tak gembira dan tak ceria.
Perkongsian yang dibuat menerusi program Di Balik Idola siaran Astro tidak lama dulu itu turut dikongsi menerusi YouTube, di saluran Papa Entertainment akhir tahun lalu.
Jelas Zamani, fasa tersebut tidak pernah diceritakan.
“Saya tak pernah ceritakan kat orang benda ni, jadi hari inilah saya bercerita dengan you all semua. Sebabnya salah satu ialah di mana waktu Slam tengah bergolak arwah ibu saya sakit tenat, akhirnya masuk hospital.
“Nak pergi show pun waktu tu tiada ada, hingga buat show di fun fair pada masa sama waktu tu saya lebih fokus pada mak saya. Saya pun dah tak berapa fokus pada grup kerana sebetulnya mak saya sakit.
“Tanggal 1 November 1997 mak saya meninggal,” kata Zamani yang turut memberitahu, kehilangan ibunya masih lagi dirasai sehingga kini bagai baru sahaja berlaku.
Berkongsi lanjut, Zaman seperti yang dipetik turut menambah, sebelah mata ibunya sempat memandang ke arahnya sebelum menghembus nafas terakhir di hospital.
“Waktu dia nak meninggal, saya ada persembahan dan ibu sangat nak jumpa. Saya terus ke sana, dia tengah koma dan saya betul-betul di tepi katilnya dan dia pandang saya. Dia buka mata sebelah dan…,”kongsinya.
Dek hubungan ibu dan anak yang terlalu rapat, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Gerimis Mengundang ini juga turut memberitahu hidupnya ibarat kosong selepas kehilangan ibu tersayang, hingga pernah alpa terhadapNya.
“Memang waktu tu macam dah habis kehidupan. Bila hilang orang yang paling kita sayang, saya rasa putus asa. Bertimpa-timpa masalah. Slam berpecah, sebelum tu kereta hilang dan akhir sekali orang yang saya sayang pun putus.
“Benda ni dekat-dekat berlaku dalam tempoh yang sangat rapat…
“Bila benda ni berlaku…maaflah kalau saya cerita. Sebab pada waktu tu saya macam tertanya kenapa saya kena nasib macam ni. Klimaksnya bila saya dah tak nak sembahyang. Tak tahu nak cakap, rasa lost.
“Apa pun saya bersyukur pada Allah SWT sebab Dia masih sayangi saya dan cubaan pernah telan pil 20 biji pil Panadol… benda ni janganlah diikut. Dalam Islam larang tapi itulah yang saya buat sebenarnya. Mula dari situlah saya mulai berjinak-jinak dengan apa yang korang sudah tahu.
Bila saya berjinak-jinak dengan benda tu, karier saya jadi huru-hara, tak ada disiplin dan hidup saya teruk,” kongsi Zamani jujur sambil memberitahu abang dan kakak merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah hidupnya kembali.
Terkini, Zamani muncul dengan single terbaru berjudul Aduh.
Foto: Instagram Zamani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!