Selepas dikritikan hebat susulan isu menjemput individu viral, ‘Kak Long 7E’ atau atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, bagi program Trending, pihak stesen TV Alhijrah mengambil maklum dengan segala respon yang telah dilontarkan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, program Trending tidak akan dihentikan sebaliknya, hanya episod yang membabitkan individu berkenaan sahaja akan digantikan dengan kandungan yang lain.
“Program itu tidak akan diharamkan atau ditangguhkan. Cuma episod yang menampilkan individu tersebut sahaja kita put on hold. Bila kita dah labelkan sebegitu, rasanya kita semua pun boleh faham. Rancangan itu akan diteruskan dengan pengisian yang lain.
“Program ‘Trending’ untuk TV Alhijrah adalah berbeza dengan program-program viral yang lain. Program kami ini sebenarnya mengangkat isu-isu viral dan mengetengahkan bagaimana seorang muslim sepatutnya memberikan reaksi terhadap sesuatu isu.
“Bila kita angkat sesuatu isu, kita tidak pernah pilih kasih atau memilih bulu. Bila kita melihat pada ketika program itu dirakamkan, individu tersebut telah pun menzahirkan permohonan maaf secara terbuka.
“Bila kita melihat kejujuran seseorang itu memohon maaf, kita tiada ruang untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Terdahulu Namanzee ditemui pada Pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, hari ini.
Ads
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah juga menerima segala teguran tersebut dengan berlapang dada dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya rasa ada berlaku salah faham apabila hos jemputan mempromosikan episod tersebut . Apabila dia memuat naik gambar selepas sesi rakaman berkahir, ia menggambarkan seolah-olah kita mengangkat individu tersebut.
“Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya, Ustazah Isfadiah sedang memberikan tazkirah kepada individu tersebut untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Mesej yang ingin disampai sebenarnya sangat baik.
“Tapi pihak kami berlapang dada selepas menerima feedback daripada orang ramai. Kita juga berasa kesal dengan apa yang belaku selepas itu.
Ads
“Bila kita lihat semula kepada individu itu sendiri, kami merasakan belum masanya untuk siarkan kandungan tersebut walaupun mesejnya baik,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Namanzee turut berharap agar orang ramai dapat berlaku adil dengan turut sama menyatakan sokongan terhadap program-program TV Alhijrah
yang lain.
“Saya berharap semua pihak juga untuk berlaku adil kepada TV Alhijrah untuk melihat konten-konten kami yang lain. Kami mengambil ruang ini untuk berlapang dada dan kami anggap ini sebagai satu proses kematangan.
Ads
“Kita berterima kasih kepada semua yang perihatin. Sebab saya pasti niat, kemarahan dan kecaman mereka ini kerana sayangkan TV Alhijrah.
“Kalau perihatin dengan isu ini, perihatin jugalah dengan program-program kami yang lain seperti program Ramadan dan Raya. Kita ada banyak program dakwah kontemporari yang sangat baik untuk dikongsikan bersama orang ramai,” akhirinya.
Bersempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, stesen TV Alijrah bakal menyajikan pelbagai program-program menarik antaranya My Quran Hour, Assalamualaikum Sahur, Majlis Ayah dan banyak lagi.
TV Alhjrah juga turut memperkenalkan aplikasi terbaru yang dikenali sebagai Alhijrah Apps (AH) yang menayangkan lebih 5000 rancangan keagamaan secara fleksibel.
Aplikasi ini sudah boleh mula dimuat naik menerusi Google Playstore dan Apple Apps Store.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon versatil ada berkongsi sekeping foto menerusi Insta Stories mengenai perkembangan terkininya yang sarat hamil anak pertama bersama suami, pemuzik Ude Wahid.
Kongsi bintang ini, kakinya mulai membengkak, iaitu simptom normal bagi si ibu yang sarat hamil menantikan masa untuk melahirkan cahaya mata.
“Bengkak sungguh…Tak pa sikit lagi… Kurang dari sebulan ja lagi…,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid diijab kabulkan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudiannya.
Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun.
Sementara itu, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara keadaan rumah yang tidak bersih, pelakon Tiz Zaqyah akui dirinya masih trauma dengan situasi berkenaan ketika berada di sebuah lokasi penggambaran.
Tulisnya menerusi satu status yang dilayangkan di Twitter, adalah tidak salah sekiranya pemilik yang difahamkan seorang wanita untuk membersihkan sedikit kediaman kerana mengetahui proses penggambaran akan dijalankan di rumah terbabit.
“Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu!
”Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor. WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah,” tulisnya.
Tiz berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi platform tersebut pada Rabu.
Bintang berusia 32 tahun itu bagaimanapun, dia tidak pula menyatakan secara terperinci mengenai lokasi penggambaran yang dimaksudkan.
Meninjau di ruangan komen, ada di antara peminat yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan bintang Nur Kasih itu.
Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat😭 awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu ! Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor. WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah 😭
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat tidak mahu membuat sebarang penafian terhadap hubungannya baiknya dengan rakan selebriti, Redza Rosli.
Ayda ketika ditemui di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan menjelaskan, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
“Malah sebelum ini pun, kami memang profesioanal juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda.
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.
Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda perlu menjaga hati banyak pihak.
“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.
“Rasanya itu adalah yang terbaik,” jelas Ayda optimis.
Kongsi Ayda, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose.
“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya,” ujar Ayda.
Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
“Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain. Ini adalah antara saya dan pihak sana,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Cindai.
#MHLive Kelas AJ nyanyi live Temberang, siap mintak Sajat sebuh Duh Aduh Duh lagi!