Beberapa keping foto usahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat yang dilihat mengalami lebam di beberapa bahagian badan mulai tular di media sosial sejak awal semalam.

Malah beberapa status yang dikongsi menerusi Insta Stories miliknya turut mendapat perhatian ramai.

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…“Semuanya dah berubah, kau masih macam tu…Kau pukul aku lagi! Cukuplah setakat ini,” tulis Sajat.

Malah, Sajat turut berkongsi sekeping lagi foto yang dakwanya turut alami lebam di bahagian bawah dagu.

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…Sementara itu, posting yang dimuat naik Sajat kemudiannya dikaitkan dengan usahawan yang juga jurulatih kesihatan Coach Yin.

Yin awal malam tadi turut berkongsi sekeping foto dengan entri yang terkait dengan luahan rasa sebelum memadamkan posting berkenaan.

IKLAN

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…

Menerusi ruangan kapsyen pada foto tersebut Coach Yin memaklumkan dirinya perlu ‘move on’ dan cukuplah berharap.

Pada masa sama, Yin menyatakan rezeki dan jodoh ditentukanNya selain turut berkongsi status berkaitan menerusi Insta Stories.

Tulisnya, orang lain tidak akan melakukan perkara tersebut tanpa sebab dan kesabaran ada batasannya.

IKLAN

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…

“Move on… Cukuplah… Banyak lagi yang elok dan pandai hormat orang,” tulisnya meski tidak menyatakan nama mana-mana individu.

Serentak dengan hal berkenaan, rata-rata nerizen memberikan pelbagai respon, malah ada juga yang membayangkan ia bersifat ‘propa’ memandangkan posting awal berkaitan hal itu sudah pun dipadam.

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…

IKLAN

Malah sebelum itu, ibu kepada rakan baiknya, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Rozita Ibrahim ada memuat naik video Sajat yang difahamkan telah terjatuh dari tangga ketika sedang bercuti di luar negara, baru-baru ini.

Hal tersebut dimaklumkan menerusi IG TV milik wanita berkenaan.

“Propalah Weh, Dia Dah Delete Kat IG,” – Netizen Speku Dakwaan Sajat Hanya ‘Drama’? Coach Yin Pula Buat Luahan…

Apa pun yang berlaku, mendoakan semuanya diselesaikan dengan cara baik dan andai benar seperti dakwaan Sajat sebelum ini, harap ia tidak berlaku lagi.

Foto: Instagram Sajat, Sajat RTW, Bonda Rozita Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI