Sekeping foto bahagian tangan yang diambil dari katil wad oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen.

Masakan tidak, figura popular itu baru sahaja membuat kemunculan khas di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad sebagai menyokong Bob Yusof yang menyanyikan lagu nyanyian asalnya, Anta Permana di pentas berprestij itu. 

Katanya, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di salah sebuah pusat perubatan.

“Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pembedahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

IKLAN

“Prosedur Ini Perlu Kerana Siti Akan Menggunakan Kaedah Rawatan Kesuburan IVF, Seperti…,” – Respon Tok Ti Perihal Foto Di Wad

Bagaimanapun memetik Berita Harian, Siti sebenarnya menjalani pembedahan tersebut sebagai persediaan untuk hamil lagi.

Bintang berusia 41 tahun itu seperti yang dilapor menjelaskan, prosedur itu perlu dilakukan kerana dirinya akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

IKLAN

Kaedah berkenaan turut dilakukannya untuk kandungan pertama.

“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.

IKLAN

“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam perkembangan lain, persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya mencipta sukses apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga.

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI