Pelakon dan bintang media sosial, Zarina Anjoulie telah hadir ke Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan hari ini dan memaklumkan kes penceraiannya bersama bekas suami, Eilyas Azhar berjalan dengan lancar.
Pada masa sama, Zarina turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah banyak memberi kata semangat buat dirinya.
Perkara tersebut dikongsikan Zarina atau lebih mesra disapa Anjue satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdullilah semua dah selesai n berjalan dgn lancar n tq to yas jugak everything went smoothly .
“N thank u to all netizens yg sentiasa dm anju kasi kta2 semangat n always support anju,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina turut meluahkan rasa sedih kerana tidak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada Eilyas sejurus perbicaraan kes penceraian tersebut selesai.
“I love all of u … cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat yas tadi,” tulisnya.
Terdahulu, Zarina selamat bergelar isteri kepada suaminya, Eilyas Azhar pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.
Bagaimanapun, Zarina difahamkan telah berpisah dengan Eilyas penghujung Januari lalu.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI