Pelakon Faye Kusairi atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon itu telah berkongsi berita gembira mengenai ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah terkenal.
“Sebab Hubs posted bekal dia that I made this morning sempena our 2nd year anniversary, I pun nak post jugak la cermin kocik yg dia belikan untuk I cermin diri I ketika bekerja. Hehe! Happy anniversary sayang.”
“Thanks sbb you sangat supportive in my sports, with my family and friends. Sudi jadi pit crew I bila I ada race (walaupun tak tau apa nak buat), sudi belajar dan training bersungguh sungguh dengan my dad (sebab nak kalahkan I tapi gagal).. process pengenalan kita masih baru tapi Alhamdulillah, I feel happy. Thanks for everything sayang @azmi_hata”tulinsya.
Menjengah di akaun Instagram suaminya, turut titipkan ucapan kepada Faye sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2 tahun.
“Alhmdlh .. setelah berhari hari dok layan stress akhirnya diizinkan jua dapat menghadap hari ini. Tanggal keramat 9 April 2019.”
“Terima Kasih ya Rabb sudi mendatangkan kepada hambamu ini sedikit keberkahan dan nikmat. Buat @fayekusairi .. i love u so much”kongsi Azmi.
Terdahulu, Faye telah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 April 2017 dan setahun selepas itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Alif Azmi, 1 tahun.
Bukan main sweet lagi Faye dengan suami, siap buatkan bekal untuk suami sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Foto : Instagram Faye Kusairi dan Azmi Hatta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI