
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 16,578 undi, menewaskan pencabar utama iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 16,230 undi.
Sementera itu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 8,822 undi.
Makanala Tawfik Ismail yang bertanding sebagai calon Bebas pula mendapat 226 undi sekali gus hilang deposit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selina Lo Suka Makan Bunga Durian & Cuba Ayam Masak Buluh…Papar Keindahan Malaysia Dalam Travelog ‘Unfading Memoirs

Pelakon aksi asal United Kingdom, Selina Lo akui teruja apabila berpeluang untuk bergandingan dengan hos Justin Bratton menerusi program travelog yang menerokai keindahan Malaysia, ‘Unfading Memoirs’.
Menurut Selina, sepanjang menjayakan program ini, dia amat mengagumi keindaham yang ada di Malaysia terutamanya di empat buah negeri yang mereka lawati iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
“Malaysia sememangnya melangkaui jangkaan saya. Saya memang sudah lama ingin datang ke Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik dan pelbagai.
“Saya sangat kagum dengan layanan dan sifat ramah orang-orang di Malaysia. Ia sememangnya tempat yang sangat cantik untuk dilawati,” katanya yang perlu mengambil masa membiasakan diri dengan cuaca di Malaysia.
Dalam pada itu, pelakon musim terbaharu siri The Lord Of The Rings: The Rings of Power ini juga memaklumkan program ini merupakan pengalaman pertamanya bergelar pengacara.
“Benar, saya merupakan seorang pelakon filem dan televisyen. Kemudian, rakan saya Justin memperkenalkan saya projek ini. Senang senang bekerja dengannya.
“Saya juga suka dengan konsep projek ini. Saya jarang berpeluang melawat negara lain kerana jadual kerja yang agak padat.
“Tawaran kali ini memang membawa saya ke tempat-tempat menarik. Pengalaman berada di sini sangat hebat.
“Pihak produksi dan Kementerian Pelancongan membawa saya melihat keindahan Malaysia daripada sudut pandang orang tempatan dan bukan hanya sebagai pelancong,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Selina turut mendedahkan pengalaman menyelam di laut Sabah merupakan cabara terbesar sepanjang penggambaran program ini.
“Pengalaman paling menarik apabila saya berpeluang untuk menyelam dan berjalan di dalam air ketika di Sabah. Sejujurnya saya tidak tahu berenang.
“Jadi, saya beranikan diri untuk cuba aktiviti ini. Rupanya pihak produksi membawa saya jauh ke dalam laut. Ia sangat menakutkan.
“Namun, saya kembali teruja bila melihat banyak ikan-ikan ‘Nemo’. Meraka buat saya lebih tenang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Selina turut jatuh hati dengan makanan-makanan di Malaysia terutamanya di gerai-gerai kaki lima.
“Saya sangat sukakan makanan di sini terutamanya bunga durian. Kemudian saya dapat mencuba makanan-makan kaki lima di Pulau Pinang seperti asam laksa dan telur dadar tiram
“Ketika di acara Sarawak Cultural Village , saya juga berpeluang mencuba Ayam Masak Buluh. Rasanya sangat lazat. Saya jadi faham kenapa orang sanggup datang melancong di sini,” akhirinya.
Siri Digital Unfading Memoirs merupakan sebuah program kerjasama di antara saluran hiburan, AXN Asia milik KC Global Media dan Kementerian Pelancongan Malaysia.
Program ini memaparkan eksplorasi mengujakan yang memaparkan kekayaan budaya, lanskap dan makanan.
Unfading Memories boleh ditonton di laman media sosial, saluran televisyen AXN dan laman sesawang www.axn-asia.com/unfadingmemoirs.
Malah, menerusi laman sesawang juga, anda juga menyertai peraduan dan memenangi hadiah istimewa berkenaan siri digital ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ruhainies Minta Netizen Cadang Kedai ‘Tinted’ Kereta Yang Bagus di KL – “Help Me…”

Pelakon sensasi, Ruhainies bertanya kepada warganet mengenai kedai aksesori kereta yang menawarkan servis pemasangan ‘tinted’ atau cermin gelap kereta terbaik di sekitar Kuala Lumpur.
Perkara itu dikongsikan Ruhainies menerusi hantaran di Insta Stories Instagram, pada Khamis.
“Help me to suggest kedai tinted yang bagus in KL pwease (please),” tulisnya ringkas.
Sementara itu menerusi hantaran seterusnya, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah turut memuat naik fotonya berada di dalam kereta yang tidak berbumbung.
“Nak make up my baby blue today,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Ruhanies yang menghadiri majlis rumah terbuka jenama fesyen baru-baru ini secara profesional tampil menjawab beberapa soalan daripada media berhubung isu kontroversi yang membabitkan dirinya, sebelum ini.
Menerusi sesi temu bual tersebut, Ruhanies antara lain tidak mahu memanjangkan cerita dan terdahulu sudah pun membuat permohonan maaf kepada individu yang terlibat di dalam isu hangat berkenaan.
Malah Ruhainies juga menjelaskan, dia kini lebih senang untuk terus memberi fokus dan komitmen terhadap kerjaya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KJ Sah Mulakan Tugas Di Konti Radio Rabu Depan Dalam Slot Bekpes Hot

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) akan memulakan tugas baharu sebagai penyampai radio stesen Hot FM bermula Rabu depan.
Khairy, 47, atau KJ mengesahkan penyertaannya dalam gandingan skuad Bekpes Hot menerusi temuramah melalui telefon pada segmen sama yang bersiaran pagi tadi.
Dua minggu lalu, Hot FM membuat surat tawaran terbuka di laman Instagram mereka kepada bekas ahli parlimen Rembau itu selepas KJ dipecat daripada keahlian UMNO.
Media Prima Audio (MPA) menerusi satu kenyataan berkata, KJ akan memulakan tugasnya sebagai penyampai radio setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi bergandingan bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.
“Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.
“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI