PRU15: Raih 16,578 Undi & Zahid Hamidi Pertahan Kerusi Bagan Datuk Dengan Majoriti Tipis

Share

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 16,578 undi, menewaskan pencabar utama iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 16,230 undi.

Sementera itu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 8,822 undi.

Makanala Tawfik Ismail yang bertanding sebagai calon Bebas pula mendapat 226 undi sekali gus hilang deposit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH