Pelakon Rita Rudaini berang dengan perkongsian sebuah program podcast yang secara terbuka menceritakan mengenai pengalaman dan kisah-kisah nakal sewaktu di sekolah berasrama penuh (SPB).
Tambah mengejutkan apabila tetamu program tersebut turut mendedahkan dia pernah memasukkan racun tikus di dalam botol kicap untuk mengenakan pelajar-pelajar lain di asrama.
Menurut Rita, kisah seperti ini akan memberikan pengaruh tidak baik buat pelajar asrama dan perbuatan meletakkan racun di dalam makanan sememangnya keterlaluan.
“Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pula tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita itu kelakar pula. Podcast macam ni akan di tonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ini.
“Psiko betul. Seronok dan gelak-gelak cerita
untuk bagj pengajaran dekat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif. Racun tikus kot bukan honey yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya?,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Shah Alam 3000 itu menerusi hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Rita turut memberikan teguran buat pengandali-pengendali program podcast untuk lebih bijak memilih konten agar dapat memberikan manfaat kepada penonton.
“Untuk adik-adik yang baru ‘nak up’ dan teringin nak buat podcast dan temubual apa-apa isu, tolonglah berilmu. Kalau kata tak cerdik, merentan macam budak kecil.
“Agak-agaklah topik suspense dan sedih nak buat gelak-gelak. Niat asal nak bagi pengajaran pada orang tapi tak sampai.
“Kalau budak-budak yang tidak ada akal macam perempuan tu tengok nanti terdetik dalam hati ‘Best juga ni. Kena cuba ni letak racun dalam botol kicap. Gempak kot’. Dengar cerita gelak-gelak macam seronok sangat ni,” kongsinya.
Sementara itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut kecewa dengan penggunaan bahasa yang digunakan di sesetengah program podcast yang dilihat seperti kurang sopan hanya kerana ingin terlihat santai.
“Satu lagi, ada yang konon-konon nak santai-santai tapi bahasa ‘sial doh’, ‘gempak sial’ dan entah apa-apa lagi. Yang tengoknya budak-budak.
“Nak santai pun, santailah juga tapi biar nampak berilmu dan bagi impak bagus untuk anak-anak muda dan orang tua,” akhirinya.
Terdahulu, program podcast yang mencerikan mengenai pengalaman di asrama ini nyata menerima respon pelbagai daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI