Memetik laporan terkini Kosmo, status perceraian PU Abu dan isteri, Ain ‘Afini Latif akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah memutuskan lafaz cerai yang dibuat menerusi aplikasi WhatsApp sebagai tidak sah.
Mahkamah juga memutuskan kedua-duanya masih kekal sebagai suami isteri.
Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar difahamkan ada menasihatkan agar PU Abu menjaga isteri dan anak dalam kandungan.
“Abu Sufyan, sebagai suami perlu jaga isteri dan jaga anak dalam kandungan.
“Orang mengandung ini lain perasaan mereka dan jangan lepas tangan,” jelas Mohd. Nurulazhar.
Terdahulu, pasangan ini telah bercerai pada 28 Januari lalu dengan talak satu selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2018.
Kedua-duanya bagaimanapun telah kembali rujuk pada 23 Februari lalu.
PU Abu kemudiannya didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 13 Mac selepas seminggu meninggalkan isteri. Namun, penceramah itu menjelaskan tidak berniat untuk menceraikan Ain.
“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya.
“Mengakui kesilapan meninggalkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan. Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” sumber dipetik.
Foto : Kosmo Dan MHE TV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI