Pencetus Ummah (PU) Amin sekali lagi meluahkan rasa terhadap usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat yang disifatkan ‘sekali lagi mengganas’.
Jelasnya menerusi satu hantaran di Instagram, dia menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot terhadap usahawan tersebut, sebagaimana yang pernah di lakukan sebelum ini.
Pendakwah bebas ini juga antara lain meminta pihak berwajib untuk memadamkan semua akaun media sosial penyanyi Makhluk Penggoda itu di internet.
“Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan.
“Kecam, ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial BOIKOT dan REPORT IG bangjat.
“Ingat lagi awal tahun dia pergi mekah, masa tengah saie dekat safa marwah aku nampak dia dengan kawan kawan dia dalam kawasan saie, dekat masjid quba di madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat.
“Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!.
“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji, masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini.
“Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya , sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya, saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya.
“Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama TINDAKAN tegas wajib dikenakan pada dia.
“Pada Allah kami berserah! Ya Allah peliharalah anak anak kami, masyarakat kami, maruah kami dan akhlak kami! Berilah hidayah dan pengajaran pada bangjat Ya Allah!,” tulisya panjang lebar.
Menerima ribuan komen dari wargamaya, posting berkenaan turut melampirkan foto Sajat mengenakan bikini dengan tertera ayat ‘lucah boikot’.
Beberapa bulan lalu, Sajat pernah mencuri perhatian ramai apabila didakwa mengenakan pakaian perempuan ketika menunaikan ibadah umrah.