PU Azman Kongsi Hukum Pakai Bulu Mata Palsu, Ini Respon Rozita Che Wan

Share

Sering berkongsi hukum hakam perihal agama yang boleh memberi manfaat kepada ramai, penceramah bebas yang kini bergelar pelakon,PU Azman baru-baru ini ada berkongsi mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu.

Jelasnya, pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.

“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan.

“Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.

“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.

“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan.

“Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, pemakaian bulu mata palsu boleh menjadi harus dalam situasi tertentu.

“TETAPI, ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan.

“Eyelash extension tiada kena mengena dengan plug extension,” jelasnya panjang lebar.

Bagaimanapun, pelakon Rozita Che Wan telah meninggalkan pertanyaan dalam ruangan komen tersebut.

Lalu,dibalas Azman ringkas.

Foto:Instagram Pu Azman,Rozita Che Wan

Published by
MH