“Puak ‘Over Claim’, Ntah-Ntah Sijil Pun Takde Lagi,” – Nana Mahazan Selar ‘Si Mulut Celupar’, Tak Buat ‘Research’

Share

Hos dan usahawan, Nana Mahazan menempelak sikap segelintir netizen yang membuat tuduhan seterusnya menjatuhkan hukuman melulu menerusi ruangan komen ketika melakukan Instagram (IG) live, baru-baru ini.

Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, 38, berkata, ada netizen yang menganggap dirinya seperti pengasas produk ‘timbang kilo’ yang berhabis-habisan duit buat rawatan tapi hujung-hujung ‘claim’ ada produk sendiri selain tak ada kelulusan sijil berkaitan.

“Ikutkan penat kadang-kadang nak jawab tuduhan dan andaian orang macam ini yang sesuka hati cakap seperti tak ada insuran. Tapi nanti tak jawab kata kita tak benar pula.

“Sebenarnya sebelum nak keluar atau tulis komen caci-maki, menyakitkan hati dan segala macam aura negatif, yang pertama sangat penting lakukan kaji selidik atau rujukan.

“Sebenarnya Kiwi Skincare mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’. Malah ramai testimoni yang ‘love’ produk ini,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Nana turut berharap netizen tidak terus menghakimi secara membuta tuli selepas ini.

Nana Mahazan Beauty diusahakan sejak 2018 lalu dan Kiwi Skincare merupakan produk penjagaan kulit yang khusus menggunakan khasiat serta nutrisi buah kiwi sebagai ‘superfood’.

“Tak payahlah nak minta maaf. Tak jadi kudis pun dekat saya. Tapi sebelum komen buatlah research dahulu supaya nampak cerdik. Tak baik terus cop cerita negatif.

“Senang cerita, kalau nak cari produk lulus KKM, ada sijil Halal dan berkesan, cubalah produk berasas buah kiwi ini. Semuanya semula jadi. Gerenti tak menyesal di bucu katil,” katanya lagi.

Sementara itu melalui hantaran entri berbeza di IG, Nana juga memberikan reaksi susulan ada yang termakan janji palsu terhadap jenama produk yang menjanjikan kesan atau terus putih dalam masa tiga hari.

“Tak adanya produk beri kesan serta merta sebegitu. Yang boleh segera putih itu tentu-tentu bahaya dan ada kesan sampingan. Nak kulit cantik kena rajin dan konsisten. Barulah kulit betul-betul sihat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana turut optimis merancang untuk pusing satu Malaysia bagi menganjurkan kelas membina keyakinan diri secara percuma kepada mereka yang berminat.

Niat berkenaan seiring dengan pengalaman 19 tahun figura itu dalam dunia seni.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH