Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang, Raf Yaakob baru-baru ini.
Meski masih dalam pantang, namun keraian tetap dilihat dilangsung meriah dengan bantuan keluarga terdekat pasangan selebriti ini.
Jelas Mawar menerusi satu posting video menerusi IG TV, dia puas apabila dapat menatap kegembiraan pada wajah suami tercinta.
“Puas hati sangat dapat tengok muka suami tercinta happy. Menjadi betul surprise birthday Raden love tahun ni,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu di dalam satu hantaran lain, pelakin TQ Captain ini turut berkongsi beberapa keping foto kejutan hari jadi yang dilakukan.
Kelihatan Raff turut menerima beg jenama Louis Vuitton dan telefon jenis iPhone terkini bersama sebiji kek yang dihiasi dengan patung mereka sekeluarga dengan ucapan ‘happy birthday papalove’.
Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob dalam satu hantaran di Instagram miliknya pula tidak menjangka akan menerima kejutan sedemikian memandangkan isterinya masih dalam pantang anak kedua mereka.
“You know I would never asked for any gift whatsoever. And I didn’t expect any birthday celebration cos you’re in pantang still.
“So when you organised all this, I was so touched. Thank you Anje for planning and organising all this.
“Rasa dihargai sangat! And thank you so much for the gift! LOVE YOU MY LADY,” tulis Raf.
Lalu, pengikutnya juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir seterusnya mendoakan kebaikan buat Raf seisi keluarga.
Terdahulu, Mawar selamat bersalin anak kedua pada 3 Januari 2020. Cahaya mata perempuan itu diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta.
Pasangan yang berkahwin pada November 2017 itu turut dikurniakan seorang anak sebelum ini, iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.