Tiada apa yang lebih membanggakan seorang ibu apabila dapat melihat anak membesar di depan mata.
Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mengakui dia tidak pernah menyangka mampu menjaga Baby Aleena yang kini genap 10 bulan secara bersendirian.
Walaupun dipermudahkan urusan sewaktu berpantang dan mendapat bantuan suami dan keluarga, namun selepas itu semuanya dilakukan atas kudrat sendiri.
“Happy 10th months old sayang mommy. Hari ni genaplah Baby Aleena 10bln.Pejam celik sekejap jer masa berlalu.
“Tak sangka sungguh,kali ni mommy jaga Aleena sorang diri.. tanpa bantuan maid…Semua mommy buat sendiri.
“Dulu dlm pantang of coz daddy,cousin,adik,adik ipar,mama & kakak ada tolong… tp pas tu semua on my own… Syukur alhamdulillah Ya Rabb atas tenaga yg Kau berikan utk aku terus menjadi kuat,utk membesarkan pemberian Mu ini Ya Rabb,” luahnya.
Malah, dia cukup puas dapat melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Biarpun penat, namun cukup berbaloi untuk dilakukan.
“Bg aku,puas menjadi seorg ibu & isteri yg menjaga anak dgn tangan sendiri.
“Mengemas rumah,memasak,menggosok baju dan menguruskan semua hal rumahtangga..Biar penat skrg,sbb kita takkan menyesal nnt… Carilah duit setinggi gunung pun,tp moment sebegini takkan dpt dibeli.
“Aku bertuah dan bersyukur atas segala nikmat ini Ya Rabb,” tambahnya lagi.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 40, mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.
Dia seterusnya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013 namun, tujuh bulan kemudian mereka bercerai.
Tiga bulan selepas itu, pasangan ini rujuk sebelum bercerai sekali lagi, setahun kemudian.
Fiza yang turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan ini juga kemudian diijabkabul dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.
Foto : Instagram Fiza Halim