Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah juga tidak terkecuali menjalankan kempen amal pengagihan set kain kafan dan pengurusan jenazah atas paksi kebajikan.
Penaung pertubuhan berkenaan, Ustaz Zakaria Awang berkata kempen sumbangan set pengurusan jenazah termasuk kain kafan itu tercetus sebagai usaha amal kebajikan yang tidak pernah ada noktahnya.
“Kita mudahkan urusan atau ringankan beban orang, insya-Allah urusan sendiri juga akan dipermudah. Berbuat baik dan menambah pahala sendiri tiada garis penamatnya.
“Perkara yang dihadapi dan dilalui bagi setiap yang hidup kadangkala menjadi kesulitan tanpa diduga. Contohnya pihak masjid dan keluarga si mati.
“Jadi tercetuslah idea pihak kami dalam pengagihan set pengurusan jenazah ini. Malah saya memuji ada golongan artis dan ustaz selebriti yang menggunakan pengaruh mereka menjual set seumpama itu,” katanya.
Kempen ini sudah memasuki bulan ketiga dan sudah lebih 300 set kelengkapan berkenaan diagihkan kepada masjid yang memerlukan.
“Selepas tiga bulan kempen ini berlangsung, lebih 20 buah masjid sekitar Kajang dan di Pantai Timur sudah menerima agihan set kelengkapan pengurusan jenazah itu.
“Kebiasaannya, kita akan dapatkan semua senarai masjid termasuklah di Semenyih dan Negeri Sembilan. Malah kita juga berhubung dan merujuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid.
Ads
“Jika masjid berkenaan ada menguruskan jenazah dan perlukan set kelengkapan jenazah kita akan utamakan kepada masjid memerlukan,” katanya.
Tambah Ustaz, komunikasi antara masjid yang menerima agihan akan berterusan.
“Kebiasaannya masjid yang menerima sumbangan berkenaan akan memaklumkan sama ada ia sudah diguna pakai.
“Malah, jika menerima panggilan dari mana-mana masjid memerlukan, pihak kami akan aturkan agihan sumbangan dengan menghantar wakil untuk sesi pengagihan tersebut
“Bahkan di sebelah Pantai Timur, kami turut mempunyai staf dan wakil yang akan menjadi wakil untuk mengagihkannya set kelengkapan terbabit.Ia merangkumi Kota Bharu (Kelantan), Kemaman (Terengganu) selain Johor,” katanya.
Ads
Ad Diniah mensasarkan pengagihan pengurusan jenazah termasuk kain kafan lebih 10,000 set.
“Dalam set kain kafan dan pengurusan jenazah ini merangkumi ini 20 barangan termasuk telekung, air mawar, dan alat kelengkapan pemandi jenazah seperti apron, sarung tangan dan sebagainya.
“Kebiasaannya kita mendapatkan kelengkapan ini di kedai berbeza. Ada kedai yang tidak menjual semua kelengkapan dan keperluan diperlukan. Jadi itu agak menyukarkan.
“Pihak kami mengambil masa sekitar dua minggu sekurang-kurangnya untuk menyediakan 100 ke 100 set lain. Kos satu set adalah RM300,” katanya lagi.
Ads
Pada masa sama, Ad Diniah juga mengalu-alukan sumbangan dan infak orang ramai dalam mengimarahkan kempen.
Ditanya mengenai keunikan setset pengurusan jenazah ini berbanding dengan set yang lain, Zakaria berkata ia didatangkan dengan kain sudah sedia berjahit dan dipotong.
“Ia lebih memudahkan pihak masjid atau keluarga si mati. . Proses jadi lebih cepat dan menjimatkan masa serta memudahkan urusan menguruskan jenazah,” katanya.
Untuk rekod pertubuhan tersebut diusahakan sejak 1985 dan kini genap usia yang ke-37. Ia bermula dengan program korban dan aqiqah di Malaysia termasuk ke Kemboja.
Pertubuhan yang memiliki 32 staf ini rancak menyalurkan bantuan wakaf Al-Quran, pam air, tandas, basikal dan banyak lagi.
Kini dikembangkan pula dengan pengagihan kit atau set pengurusan jenazah. Bahkan ada pembelian set berkenaan dibeli untuk disimpan di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir dua hari tidak ke udara bersama stesen radio Suria FM, kekosongan yang ditinggalkan oleh penyampai radio, Feeya Iskandar nyata menimbulkan tanda di hati para pendengar.
Rata-rata pendengar dilihat memberikan pelbagai spekulasi berhubung situasi tersebut.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menafikan segala spekulasi tersebut dan menjelaskan dirinya hanya bercuti sepanjang dua hari ini.
Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat terharu dengan keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh para pendengar.
“Sayang juga pendengar-pendengar dekat Cik Piah ye. Baru dua hari tak dengar suara, risau apa jadi dengan Cik Piah.
“Tak sihat ke? Ke dia tukar radio? Hihi. Cik Piah coti dua hari je. Cik Piah sihat je di sini alhamdulillah. Tukar radio pun idok. Don’t woryy okey,” tulisnya.
Dalam pada itu, Cik Piah turut memaklumkan para pendengar tidak perlu risau kerana akan kembali semula bertugas di konti pada minggu hadapan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa lega selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Cik Piyah.
“Mesti la. Kalau takda tak boleh dengar dah la potpet potpet.
“Of course la kami sayang Cik Piah. Mak akak antara penggemar celoteh Cik Piah tau.
“Kami semua sayang Cik Piah.
“Cik Piah cepat masuk kerja tau.
“Cik Piah takda sunyi tau kehidupan kitaorang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Cik Piah akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari menerusi segmen Gaya Suria.
Terdahulu, Feeya telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurashid Abd Wahab pada tanggal 6 Mei 2015 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak khabar angin bertiup kencang mengenai perhubungan mereka berdua, akhirnya Jennifer Lopez telah mengesahkan teka-teki peminat yang dia kini bahagia bersama Ben Affleck di laman Instagram.
Setelah pelbagai andaian dibuat mengenai hubungan mereka, Jennifer akhirnya memberi noktah dan mengesahkan hubungan mereka dengan memuat naik gambar mereka sedang berciuman dan disertakan dengan hantaran berbunyi, “ 52 … apa yang ia lakukan… Cinta.”
Ketika ini mereka sedang meluangkan masa bersama di atas kapal pelayaran sempena hari jadi pelantun lagu ‘Let’s get loud’ ini yang ke-52 tahun.
Kedua-dua personaliti popular Hollywod ini dilihat mula meluangkan masa bersama sejak penghujung April tahun ini selepas masing-masing kembali solo. Jennifer memutuskan pertunangannya dengan Alex Rodriguez pada April manakala Ben pula memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Ana de Armas pada Januari 2021.
Pasangan ini bukanlah asing bagi peminat hiburan, mereka pernah menjalinkan hubungan dan bertunang selama dua tahun sekitar tahun 2002 sehingga tahun 2004. Dianggap sebagai pasangan ideal Holywood, peminat dan industri menggelar mereka sebagai ‘Bennifer’.
Menurut laporan People menerusi sumber portal terbabit, “Mereka saling mencintai antara dan mereka saling suka kehidupan masing-masing. Bahkan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadikan hubungan mereka berjaya.”
Manakala menerusi satu sumber dalam laporan Harpers Bazaar, “Mereka miliki hubungan yang kuat, semuanya kelihatan seperti pantas dan tegang. Namun Jennifer gembira.”
Untuk pengetahuan pembaca, Ben Aflleck memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya sebelum ini bersama Jennifer Garner. Manakala, Jennifer pula memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan penyanyi popular, Marc Anthony.
Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada MH.
Lisa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.