Pelakon drama, Sheila Mambo menerusi instagram ada berkongsi tahap kesihatan ibunya, Aishah Nyak Adam yang kian merosot, sejak beberapa hari lalu.
Maklumnya lagi, sekitar jam 2.00 pagi semalam, ibunya turut mengalami masalah semput. Bagaimanapun, keadaan ibunya (Selasa) kini bertambah pulih.
“Semalam pukul 2am mak semput, doktor bg gas yg dgn ubat yg kuat, mak dh 80thn umur semua menjadi lemah. Kami adek beradek semua berkumpul pagi smlm. Harini siang mak bertambah pulih Alhamdulillah.
“2 org Best friend mak dr kedah dtg jaga mak semalam. Cucu2 mak sgt baik, berganti jaga tok, urut tok. Semiha menjadi anak2 yg soleh/solehah,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon Andainya Takdir 2 ini juga turut memohon doa agar diringankan azab kesakitannya.
“Ya Allah ampunkan dosa2 ibu ku jika itu asab pengampunan Mu, aku mohon Kau berikanlah kesembuhan pd ibuku ringankan lah azab kesakitan nya.. Aamiin ya Rabb,” kongsi Sheila.
Enam hari lalu, bintang senior itu ada memaklumkan bahawa keadaan ibunya yang berusia 79 tahun agak tenat, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
“AsSalamualaikum… Mohon doa untuk mak saya aishah bt. nyak adam sekarang sdg tenat di hospital. Maaflah klu aurat mak saya nampak,fitrah org di icu
Syafakillah mak…,” katanya.
Foto: Instagram Sheila Mambo